Selamat & Mudah Di Bawa Ke Mana Sahaja, Lengkapkan Perlindungan Diri Dengan Teknologi Dari Korea

Branded

Selamat & Mudah Di Bawa Ke Mana Sahaja, Lengkapkan Perlindungan Diri Dengan Teknologi Dari Korea

Siapa sangka pandemik yang menyerang dunia tahun lalu, kini menjadi igauan buat semua apabila masyarakat terpaksa hidup dalam norma baharu. Nak pergi mana-mana pun dah tak bebas.

Tapi nak buat macam mana virus pandemik ni dah mula bermutasi, jadi korang pastikan ambil langkah pencegahan tambahan untuk lindungi diri sendiri dan keluarga tau.

Seram pula bila tengok jangkitan kes dan angka kematian semakin meningkat. Semoga kita semua dijauhkan. :(

Biasakan Pencegahan Tambahan Elak Bawa Balik Virus!

Macam yang kita semua tahu norma baharu memerlukan kita sentiasa menjaga jarak sosial dan memakai penutup muka apabila berada di tempat awam. Tapi memandangkan virus yang kita hadapi ni dah semakin kuat, ni tips tambahan yang korang boleh amalkan.

1. Amalkan double face mask di luar rumah

Penggunaan double face mask

Pemakaian ‘double face mask’ lebih berkesan kerana ia dapat menapis lebih 95 peratus virus terutama di tempat awam yang berisiko tinggi. Lebih-lebih lagi sekarang penyebaran virus Covid-19 bawaan udara (airbone) lebih berbahaya dan berisiko berbanding jangkitan melalui titisan (droplets) kerana ia lebih pantas merebak.

2. Sentiasa bersedia dengan pembasmi kuman

Pembasmi kuman

Pembasmi kuman atau hand sanitiser kini tersedia pelbagai bentuk seperti gel, spray dan tisu. Berada di tempat awam pasti menyukarkan kita untuk memastikan permukaan yang kita sentuh bebas daripada virus seperti pemegang troli, butang lif dan sebagainya.

Dengan pembasmi kuman secara tidak langsung kita dapat membantu membasmi dan mencegah penularan virus di permukaan.

3. Lindungi diri dengan alat pensterilan peribadi

Alat penstrerilan Dr. Clo

Walaupun alat pensterilan mudah alih bukanlah alat perubatan namun ia direka untuk memberi perlindungan daripada jangkitan bawaan udara dengan mewujudkan perisai perlindungan daripada bakteria dan virus.

Sekarang terdapat jenama pensterilan yang terkenal di Malaysia tau iaitu Stik Pensterilan & Penyahbau Dr. Clo. Bentuknya yang kecil pasti buat korang tak sangka dengan fungsinya membantu mengekang penyebaran virus di udara.

Dr. Clo bantu beri persekitaran yang lebih sihat dan selamat

Alat penstrerilan Dr. Clo

Kalau korang nak tau Stik Pensterilan & Penyahbau Dr. Clo ni merupakan satu-satunya produk klorin dioksida berasaskan cecair di dunia yang didaftarkan dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Klorin dioksida bertindak sebagai agen utama untuk mensteril, membersih dan menghapuskan virus dan patogen sehingga 99.93 peratus dalam masa beberapa saat macam video yang korang boleh saksikan di bawah.

Lebih menarik lagi stick ni mampu bertahan sehingga 50 hari untuk sekali guna. Oleh sebab bentuknya yang kecil ia sesuai digunakan di dalam dan di luar rumah.

Sebagai contoh kalau korang keluar, korang boleh sangkut Stik Pensterilan & Penyahbau Dr. Clo di pada beg dan kalau dekat dalam rumah pula korang boleh letakkan di mana sahaja ruangan yang korang mahukan.

Alat penstrerilan Dr. Clo

Dr. Clo bukan sahaja membantu memerangkap bakteria, virus dan patogen bawaan udara malah hindari kulat dan bau hapak. Jadi tiada masalah untuk korang letakkannya di dalam peti sejuk, bilik mandi, ruang tamu malah dalam kereta pun boleh!

Malah angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pun menggunakannya tau!

Stik Pensterilan & Penyahbau Dr. Clo 

Selain itu juga, Dr. Clo ini sangat selamat digunakan dan tidak berbahaya kepada kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Terdapat 6 variasi iaitu kenderaan, kediaman, peti sejuk, bilik mandi, haiwan peliharaan dan serba boleh. Korang boleh pilih variasi yang ditawarkan mengikut penggunaan.

Macam mana nak guna Dr. Clo ni?

Baru-baru ini juga Dr. Clo Malaysia berkolaborasi bersama siri kanak-kanak popular di Malaysia Didi & Friends yang menyampaikan cara penggunaan Stik Pensterilan & Penyahbau Dr. Clo dan fungsinya dengan mudah.

Nak mengaktifkan Dr. Clo ni apa yang korang perlu lakukan hanyalah:

1. Pegang pada bahagian hujung Stik Pensterilan & Penyahbau Dr. Clo dan bengkokkan kapsul di dalamnya. Indikator akan berubah kepada warna kuning apabila ia diaktifkan.

2. Letakkan ia di mana sahaja anda inginkan.

3. Tukarkan Dr. Clo Sterilization Stick selepas 30 hari penggunaan untuk pensterilan yang efektif. (Kesan pensterilan bertahan sehingga 50 hari)

Jadi korang dah tengok sendiri bagaimana mudahnya yang melengkapkan diri dan keluarga dengan perlindungan tambahan daripada virus hanya dengan Stik Pensterilan & Penyahbau Dr. Clo.

Kalau berminat korang boleh dapatkan Stik Pensterilan & Penyahbau Dr. Clo di farmasi terpilih seluruh negara seperti Watsons atau lebih mudah korang klik je di SINI.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini korang boleh layari https://www.drclo.com.my/.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...