Selamat Menyambut Deepavali

Hiburan

Selamat Menyambut Deepavali

nuMenjadi rakyat Malaysia sememangnya satu perkara yang amat membanggakan. Kewujudan pelbagai bangsa sememangnya membuatkan budaya kita unik. Apabila diri ini dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran Kempen Deepavali Petronas – Be The Light, Abang Nara excited gila!!!

deepavali

Advertisement

Selalu Abang Nara berjalan-jalan di KLCC tak pernah terfikir untuk menjejakkan kaki ke Galeri Petronas. Oleh kerana perasmian kempen Deepavali oleh Petronas ini, Abang Nara berjaya juga masuk ke dalamnya. Siap sempat posing gaya comel di sebelah lukisan-lukisan yang ada di sana.

deepavali

Abang Nara tertarik dengan cara perasmian kempen ini dilakukan apabila api lilin digunakan untuk menyalakan sumbu di pelita. Memang kena dengan tema “Be The Light” oleh Petronas. Lagipun kaum India sememangnya sinonim dengan simbol api. Sesuai sangat!!!

deepavali

Advertisement

Selesai je perasmian dilakukan, tiba-tiba muncul segerombolan penari wanita. Kepala Abang Nara turut bergoyang-goyang melihat tarian mereka. Terasa macam tengah berlakon filem Hindustan pulak. Feeling habis.

deepavali

Mungkin susah untuk anda membayangkan kemeriahan ketika majlis pelancaran ini hanya dengan melihat gambar. Jangan risau sebab ada video untuk ini semua. Pastikan anda tengok video ini untuk mendapat feel Deepavali yang sudah semakin hampir.

Selesai sahaja acara perasmian ini, Abang Nara berjalan-jalan masuk ke dalam ruang di dalam Galeri Petronas. Rupanya ada banyak lagi perkara menarik di dalam itu. Yang paling best, kesemua tetamu dihiburkan dengan halwa telinga muzik tradisional India.
deepavali
Paling best Abang Nara sempat bergambar dengan penari-penari yang meliang lentokkan badan mereka sebentar tadi. Cantik sangat baju tradisional yang diorang pakai. Terasa nak suruh wife beli satu.
deepavali
Agak lama juga Abang Nara berjalan-jalan sebab banyak info mengenai Deepavali yang ada di situ. Sebelum ini Abang Nara hanya tahu makan maruku je bila Deepavali. Abang Nara percaya dengan adanya kempen Deepavali daripada Petronas ini, kita selaku rakyat Malaysia akan lebih mengenali sesama sendiri dengan lebih rapat.
deepavali
Ikutkan hati Abang Nara nak buat video ucapan khas sempena Deepavali untuk pembaca BeautifulNara yang berbangsa India. Namun Abang Nara rasa, apa yang Sharifah Amani cakapkan di bawah ini boleh digunakan untuk mewakili isi hati ini.

Selamat menyambut Deepavali kepada semua kaum India di Malaysia. Jangan lupa simpan maruku sikit untuk Abang Nara ye!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

15 Comments

  1. Kim Kadeshen M'sia

    November 12, 2012 at 11:48 am

    Nara gemok dah macam Padayyappa!!!…

  2. erisaamieza

    November 11, 2012 at 11:14 pm

    abg nara nampak tembam.

  3. Raja minah jambu 24jam mengadap computer merah biru sama aje original

    November 11, 2012 at 6:52 pm

    Selamat menyambut hari Depavali semua untuk yg beragama hindu dan yg sewaktu dengan nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee !! Bang nara mana muruku !!!!!!!

  4. sayang

    November 11, 2012 at 5:10 pm

    maaf mencelah.. mohon berkongsi ilmu.. menurut ustz, kita dilarang mengiktiraf perayaan agama lain.. salah satu cara nya adalah dgn wish heppy itu.. heppy ini.. malah mengunjungi rumah mereka di hari perayaan juga tidak dibenarkan. apalagi mengunjungi rumah ibadat mereka dgn niat mahu sama2 meriahkan perayaan diorang.. usah terikut2 dgn kempen.. yg penting dan paling utama jaga aqidah….. tuntut la ilmu agama sepenuh dada..

  5. abangmara

    November 10, 2012 at 9:10 pm

    wah..abang nara..bukan main lg..sebijik mcm org hindu yg sambut deepavali..heheheh
    jgn tukar agama dah…hahahahahahaaa

Loading...