November 10th, 2012

nuMenjadi rakyat Malaysia sememangnya satu perkara yang amat membanggakan. Kewujudan pelbagai bangsa sememangnya membuatkan budaya kita unik. Apabila diri ini dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran Kempen Deepavali Petronas – Be The Light, Abang Nara excited gila!!!

deepavali

Selalu Abang Nara berjalan-jalan di KLCC tak pernah terfikir untuk menjejakkan kaki ke Galeri Petronas. Oleh kerana perasmian kempen Deepavali oleh Petronas ini, Abang Nara berjaya juga masuk ke dalamnya. Siap sempat posing gaya comel di sebelah lukisan-lukisan yang ada di sana.

deepavali

Abang Nara tertarik dengan cara perasmian kempen ini dilakukan apabila api lilin digunakan untuk menyalakan sumbu di pelita. Memang kena dengan tema “Be The Light” oleh Petronas. Lagipun kaum India sememangnya sinonim dengan simbol api. Sesuai sangat!!!

deepavali

Selesai je perasmian dilakukan, tiba-tiba muncul segerombolan penari wanita. Kepala Abang Nara turut bergoyang-goyang melihat tarian mereka. Terasa macam tengah berlakon filem Hindustan pulak. Feeling habis.

deepavali

Mungkin susah untuk anda membayangkan kemeriahan ketika majlis pelancaran ini hanya dengan melihat gambar. Jangan risau sebab ada video untuk ini semua. Pastikan anda tengok video ini untuk mendapat feel Deepavali yang sudah semakin hampir.

Selesai sahaja acara perasmian ini, Abang Nara berjalan-jalan masuk ke dalam ruang di dalam Galeri Petronas. Rupanya ada banyak lagi perkara menarik di dalam itu. Yang paling best, kesemua tetamu dihiburkan dengan halwa telinga muzik tradisional India.
deepavali
Paling best Abang Nara sempat bergambar dengan penari-penari yang meliang lentokkan badan mereka sebentar tadi. Cantik sangat baju tradisional yang diorang pakai. Terasa nak suruh wife beli satu.
deepavali
Agak lama juga Abang Nara berjalan-jalan sebab banyak info mengenai Deepavali yang ada di situ. Sebelum ini Abang Nara hanya tahu makan maruku je bila Deepavali. Abang Nara percaya dengan adanya kempen Deepavali daripada Petronas ini, kita selaku rakyat Malaysia akan lebih mengenali sesama sendiri dengan lebih rapat.
deepavali
Ikutkan hati Abang Nara nak buat video ucapan khas sempena Deepavali untuk pembaca BeautifulNara yang berbangsa India. Namun Abang Nara rasa, apa yang Sharifah Amani cakapkan di bawah ini boleh digunakan untuk mewakili isi hati ini.

Selamat menyambut Deepavali kepada semua kaum India di Malaysia. Jangan lupa simpan maruku sikit untuk Abang Nara ye!!!


15 responses to “Selamat Menyambut Deepavali”

  1. no name says:

    bodo nara ni…. bodo bodo bodo. muke takleh tahan tgk.

  2. Anonymous says:

    lelaki yg buat inai kt tangan dlm video tu sape ye???setahu sy lelaki diharamkan memakai inai…

Loading...