“Selamat Kembali Brother” -Syamsul Yusof ‘Update’ IG Dengan Anak-Anak, Netizen Kata Nampak Lebih Bahagia

Hiburan

“Selamat Kembali Brother” -Syamsul Yusof ‘Update’ IG Dengan Anak-Anak, Netizen Kata Nampak Lebih Bahagia

Pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof mencuri tumpuan ramai apabila dia kembali mengemas kini kehidupan peribadinya bersama anak-anak di Instagram.

Terbaru, Syamsul ada memuat naik video momen bersama anak-anaknya, Syaikhul dan Sumayyah selain kelihatan ‘enjoy’ menaiki kereta mewahnya.

Advertisement

Dia juga kelihatan bahagia dan ceria di sisi anak-anaknya melakukan aktiviti bersama.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat Syamsul kembali aktif malah rakan selebriti juga ada mengucapkan selamat kembali kepada pengara filem Munafik itu.

Syamsul juga sempat memuat naik poster filem Sheriff arahan adiknya, Syafiq Yusof sebagai tanda sokongan sejak naskah itu ditayangkan di pawagam.

Terdahulu, nama Syamsul Yusof menjadi tumpuan gara-gara ‘hilang’ dari media sosial. Sebelum itu, wujud dakwaan mengatakan isteri barunya, Ira Kazar kini sedang hamil namun tiada jawapan rasmi terhadap dakwaan itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ruhainies Sarah
1 week ago

"Past Is Past Babe, It's Just You And Me" - Pelawaan Untuk Berjumpa Ditolak Sarah, Dakwa Ruhainies Tidak Pandai 'Speaking' Seperti Di DM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...