July 21st, 2014

Pejam celik pejam celik sudah hampir sebulan kita berpuasa. Isnin minggu hadapan bersamaan 28 Julai 2014, kita semua dijangka akan menyambut Hari Raya bersamaan 1 Syawal 1435 Hijrah demikian merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2014 / 1435 -1436 H bagi negara Malaysia. Macam mana puasa tahun ini? Penuh atau ada yang tertinggal? Hehehe.
raya

Umat Islam di negara ini dijangka akan menyambut Idul Fitri pada tarikh 28 Julai 2014 bersamaan 1 Syawal 1435 Hijrah demikian merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2014 / 1435 -1436 H bagi negara Malaysia

Sebagai Umat Islam, ada beberapa sebab kita mesti berpuasa terlebih dahulu sebelum menyambut Hari Raya. Antara sebab-sebabnya ialah:-

1. Meningkatkan ketakwaan Kepada Allah S.W.T
Ketakwaan adalah sesuatu yang menentukan kejayaan kita di akhirat kelak. Selain daripada ketaatan kita menjalankan ibadah fardhu yang lain seperti solat, zakat atau haji, puasa juga adalah merupakan suatu kemestian bagi kita , Umat Islam. Allah s.w.t menyebut dalam firmanNya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu, agar kamu bertaqwa” (Al-Baqarah : 183)

2. Melatih Diri Bersabar
Allah menjadikan puasa sebagai medah tarbiah dan ujian buat hambaNya. Dalam bulan ini kesabaran kita akan teruji dengan bermacam-macam ujian. Ujian utama itu adalah menahan lapar dan dahaga. Ujian lain adalah ujian mengawal nafsu dalam diri dan ujian untuk kita beribadah, sama ada lebih baik ibadah, sama seperti bulan lain atau lebih teruk daripada sebelum Ramadhan, Nauzubillah. Sabda Rasulullah s.a.w :

“Puasa itu adalah sebahagian daripada sabar” (Hadith Hasan riwayat at-Tirmidzi)

Jadi pastikan Ramadhan kali ini kita tidak dengan sengaja meninggalkan puasa. Banyak kelebihan yang bakal diberikan kepada kita sekiranya menjalani ibadah puasa seperti yang dituntut oleh Islam. Insya Allah ganjaran di akhirat kelak iaitu syurga menanti kita.

Dan sebagai persediaan untuk Hari Raya dan juga hadiah untuk diri sendiri kerana berjaya berpuasa pada bulan Ramadhan, jangan lupa untuk membeli-belah (bukan yang shopping melampau ye) untuk tampil lebih cantik dan kacak di pagi raya kelak. Antaranya mungkin boleh dapatkan pakaian muslimah baru, pakaian kasual wanita, dresses, beg dan juga kasut. Pasti anda akan nampak lebih berseri lebih-lebih lagi ketika kunjung mengunjung ke rumah saudara.

Nile mempunyai lebih daripada 100 rekaan untuk pakaian muslim untuk Koleksi Hari Raya mereka sempena Syawal yang bakal menjelma dengan harga yang bermula daripada RM40.
raya

Koleksi pakaian muslimah terbaru dengan rekaan plain dan corak bunga

rayaUntuk lelaki yang bekerja di ofis yang sangat sejuk atau menaiki motosikal ke tempat kerja, sepasang jaket bergaya dengan harga yang amat murah ini paling sesuai untuk anda.

rayaSeluar jeans sangat mudah untuk dikenakan dengan mana-mana pakaian serta menyerlah lagi gaya anda. Sempena Syawal ini, Nile memberikan lagi diskaun agar anda dapat berhari raya dengan seluar jeans baru.

Dan sekiranya anda membuat pembelian RM48 dan ke atas, Malaysia Trusted Online Shopping Mall Nile.com.my menawarkan PENGHANTARAN PERCUMA untuk anda. Terbaik bukan?
raya Lebih hebat lagi, anda juga boleh mendapatkan barangan anda menggunakan servis 24 Hours Cash on Delivery daripada Nile. Boleh bayar ketika menerima barangan anda yang akan diperolehi dalam tempoh masa 24 jam selepas anda membuat pembeli. Memang pantas!!!
raya

Selamat membeli-belah. Jadi pembeli yang berhemah dengan www.nile.com.my.


Comments are closed.

Loading...