Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-73 hari ini. Dalam tak sedar, kini sudah hampir tiga bulan Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri Malaysia ke lapan sejak beliau dilantik oleh istana negara pada 29 Febuari yang lalu.
Jelas dapat dilihat, tokoh kelahiran Muar Johor ini semakin disayangi dan disanjung tinggi oleh rakyat Malaysia. Ini semua selepas beliau berjaya menunjukkan bakat kepimpinan beliau yang tinggi dalam memerangi COVID-19 di Malaysia.
Menerusi perkongsian di Facebook sebentar tadi, beliau telah menzahirkan ucapan Selamat Hari Belia kepada golongan belia pelbagai kaum di negara ini.
Kebetulan pula hari ini merupakan hari jadi beliau, rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang apabila membanjiri perkongsian terbaru tersebut dengan komen ucapan dan doa sempena hari ulang tahun untuk beliau.
“Selamat Hari Lahir YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.”
“Semoga diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan dalam memimpin negara disaat kesukaran.”
“Semoga panjang umur.”
Selamat ulang tahun Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ke-73!