“Selamat Datang Ke Indonesia, Di Mana Ulangtahun Kelahiranmu Disambut Seperti Kamu Pencuri Ayam”

Trending

“Selamat Datang Ke Indonesia, Di Mana Ulangtahun Kelahiranmu Disambut Seperti Kamu Pencuri Ayam”

Sambutan ulangtahun kelahiran yang normal biasanya meriah dan diisi dengan aktiviti-aktiviti yang membawa kenangan manis untuk dikenang sepanjang hayat. Bagaimanapun, satu sambutan ulangtahun kelahiran seorang remaja sekolah di Indonesia menjadi viral beberapa hari lepas kerana membabitkan pembulian.

wiwaan

Advertisement

Bagaimana ya seharusnya merayakan ulang tahun seseorang? Apa lagi teman terdekat. Bukankah ada baiknya ucapan, pelukan hangat dan kek  ulang tahun jadi ‘kejutannya’? Namun, disebabkan disambut ‘satu tahun sekali’ membuat sesetengah orang jadi kejam. Telur dan tepung menjadi dua ‘alat’ untuk merayakan ulang tahun.


Bahkan sekarang, orang yang berulang tahun itu diikat dan ‘dikejutkan’ habis-habisan. Akaun Facebook seorang remaja bernama Sarah Nasution telah memuat naik ‘perayaan’ ulang tahun seorang temannya di sekolah. Dalam muat naik tersebut, gadis yang jadi mangsa buli bernama Wiwa Gustita.

Wiwa dan Sarah yang dipercayai sebagai pelajar di SMK PAB 1 Patumbak, Deli Serdang, Medan. Untuk merayakan ulangtahun kelahirannya, Wiwa diikat dan badan, wajah dan mulutnya dilempar dengan telur sehingga gadis itu menangis.

Walaupun begitu, dia tidak dilepaskan, malah kawan-kawannya mengambil gambar dengan Wiwa yang bermata merah kerana menangis, mengajak Wiwa melakukan serupa pada rakan-rakan lain sebagai cara menyambut ulang tahun kelahiran.

Status Sarah bagaimanapun mendapat kritikan hebat Netizen yang mengecam ‘perayaan’ tersebut. Malah, ada yang khuatir bentuk sambutan yang seperti pembulian yang memalukan itu akan menjadi budaya di Indonesia.

Salah seorang netizen menulis, “selamat datang ke Indonesia, di mana hari lahirmu disambut sepertinya kamu pencuri ayam.”

Sarah telah memadam entri tersebut, dan dia dan rakan-rakannya diberitakan sedang dipertimbangkan untuk  menerima tindakan dispilin dari pihak sekolah.

Diharap sesuatu seperti ini tidak ditiru di sini.  Kita percaya remaja Malaysia mempunyai daya fikiran dan jati diri yang tinggi serta tidak melakukan sesuatu seperti ini. Say no to bully!72831946

5

Sumber: Brilio -amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...