“Selamat Datang Ke Dunia..”- Bella Astillah Dan Aliff Aziz Pilih Nama Ara Adreanna Buat Anak Kedua, Comel Sangat!

Hiburan

“Selamat Datang Ke Dunia..”- Bella Astillah Dan Aliff Aziz Pilih Nama Ara Adreanna Buat Anak Kedua, Comel Sangat!

Setelah selamat melahirkan anak kedua mereka dua minggu lalu, Bella Astillah baru-baru ini telah mendedahkan wajah anak perempuannya yang telah diberi nama Ara Adreanna.

Foto wajah puteri kedua Bella dan juga pasangannya, Aliff Aziz itu telah dikongsi menerusi laman sosial Instagram milik Bella. Dia turut berkesempatan untuk meluahkan rasa syukur di atas proses kelahiran anak keduanya itu. Mengakui tugas sebagai seorang ibu sangat memenatkan, namun dia gembira menjalani kehidupan tersebut.

Advertisement

“Sangat kecil dan berharga..Selamat datang ke dunia, puteri kecilku @araadreanna. Menjadi seorang ibu memang sangat memenatkan tapi saya gembira. Saya berasa sangat bersyukur, Alhamdullilah.”

Dalam pada masa yang sama, Bella turut mengucapkan terima kasih buat ibunya Eina Astillah kerana sempat menjahitkan baju buat puterinya itu sempena sesi penggambaran ibu dan anak.

 Dia yang berpakaian sedondon berona hijau bersama dua orang anaknya kelihatan ceria walaupun tanpa kehadiran Aliff Aziz di sisi.

Aliff yang kini berada di Singapura masih belum berkesempatan untuk pulang ke Malaysia dek kerana pintu sempadan yang masih ditutup berikutan wabak pandemik COVID-19 yang masih berlaku ketika ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...