August 11th, 2010

selamat berpuasa

Ramadha sudah tiba. Selamat berpuasa kami ucapkan kepada semua pembaca BeautifulNara yang beragama Islam. Jangan lupa dan jangan malas-malas bangun sahur. Time berbuka tue janganlah melantak sangat. Dan janganlah perabih duit beli makanan banyak sangat kat bazar. Kang tak habis membazir pulak.

Sempena bulan puasa ini kami akan cuba kurangkan gosip-gosip kontroversi dan gambar-gambar seksi tak hengat. Sama-samalah kita doakan Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang terbaik untuk kita. Semua pun tahu puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja.

Oh ye kami sebenarnya ada plan nak buat majlis berbuka puasa bersama-sama pembaca BeautifulNara dan AmazingNara. Ada sesiapa yang berminat? Kalau anda adalah tokei kedai makan dan sedang membaca ini, apa kata sponsor kami berbuka puasa? Kami dengan rela hati akan menulis tentang kesedapan masakan anda nanti.

Sekali lagi selamat berpuasa kepada semua. Dan kalau anda berminat untuk join majlis berbuka puasa anjuran kami, sila tinggalkan komen. Nak tengok jugak berapa ramai yang nak datang. Kalau setakat 5 6 orang mungkin aktiviti ini terpaksa ditangguhkan.

Jangan lupa niat puasa ~~~


Comments are closed.

Loading...