Selamat Berpuasa Buat Pembaca BeautifulNara

Selamat Berpuasa Buat Pembaca BeautifulNara

berpuasa

Kami di BeautifulNara ingin mengucapkan selamat berpuasa, selamat berterawih, selamat bersahur dan selamat berbuka kepada semua pembaca BeautifulNara yang beragama Islam. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang sebelumnya.

Advertisement

Di kesempatan ini kami di BeautifulNara ingin memohon kemaafan jika ada tersilap dan terkasar bahasa kami sepanjang kewujudan blog ini. Mintak maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Harap-harap dapat dimaafkan agar puasa kita lebih keberkatannya.

Terima kepada RedMummy yang sudi memperkenalkan BeautifulNara dan OhBulan kepada klien-klien yang best semalam. Sekalung tahniah jugak kepada akak RedMummy sebab mukanya yang gebu tue berjaya keluar majalah Nona keluaran September 2009, Memang mantaplah Kak Red. Kagum kami dengan kejayaan seorang wanita Melayu berblogging.

Akhir kata, marilah sama-sama kita memastikan puasa tahun ini cukup. Jangan ponteng-ponteng tau. Allah marah kalau puasa tak cukup. Teringat masa kecik kalau puasa tak cukup tak dapat duit raya time raya nanti. Hehehe.

P.S: Takziah kepada Kak Su, salah seorang pembaca setia BeautifulNara yang telah kehilangan ibunya tercinta. Al-Fatihah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...