“Selamat Anda Terkono” – Gelak Ketawa Sambil Pandang Isteri Dalam ‘Live’ , Hafidz Roshdi ‘Prank’ Satu Malaysia?

Hiburan

“Selamat Anda Terkono” – Gelak Ketawa Sambil Pandang Isteri Dalam ‘Live’ , Hafidz Roshdi ‘Prank’ Satu Malaysia?

Baru-baru ini, satu Malaysia digemparkan dengan satu lagi kes curang yang dilakukan oleh pelakon, Hafidz Roshdi terhadap isterinya, Nurul Shuhada.

Susulan sudah terbongkar rahsia yang disimpan, netizen tidak melepaskan peluang untuk melemparkan kecaman serta mengikuti perkembangan kisah ini hinggakan ketika Hafidz melakukan live di TikTok, berpuluh-puluh ribu penonton diraih olehnya.

Advertisement

Sememangnya perkara itu membuatkan Hafidz teruja tetapi tidak terkejut jika kesemua yang menonton itu hanya mahukan penjelasan darinya.

Sama sekali tidak nampak takut setelah ‘kantoi’ berlaku curang, pelakon itu sempat gelak ketawa sambil memandang ke arah belakang kamera dimana kedengaran suara isterinya bersama anak-anak.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen syak segala isu curang yang berlaku ini adalah sekadar marketing sahaja.

komen netizen

Bagaimanapun, persoalan sama ada isu curang ini prank ataupun tidak masih belum dapat diketahui kerana Hafidz tidak memberi sebarang penjelasan mengenainya.

Sekadar info, sebelum ini, isteri Hafidz Roshdi iaitu Shuhada ada memuat naik status di Instagram Story seakan-akan kecewa kerana rumah tangga diganggu oleh ‘penyondol’.

Hafidz Roshdi
2 years ago

“Thank You Awak Sebab Layan DIA..” - Isteri Akhirnya Dedah Hafidz Roshdi Curang Di Instagram?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...