Selama Setahun Jadi Pemandu “Uber”, Lelaki Ini Kongsi Kisah Ambil “Penumpang” Di Kubur.

Trending

Selama Setahun Jadi Pemandu “Uber”, Lelaki Ini Kongsi Kisah Ambil “Penumpang” Di Kubur.

Assalamualaikum, aku nak kongsi cerita pengalaman aku selama setahun sebagai pemandu Uber. Aku kerja tak ikut masa, ikut suka aku saja.

Advertisement

Nak dijadikan cerita, malam semalam aku buat Uber di Pulau Pinang. Semasa dalam perjalanan pulang dalam jam 12.00 pagi di Tanjung Bungah, aku dapat satu ‘alert’ customer yang meminta aku datang menjemputnya.

“Ini last customer. Lepas ni, terus,” getus aku dalam hati.

Tanpa berfikir panjang, aku tekan ‘accept’ permintaan customer dan pandu mengikut arah yang ditunjukkan dalam maps telefon bimbit.

Aku terus ikut saja arah yang diberi sehinggalah aku ternampak kubur cina di depan mata.

Aku dah mula hairan, tetapi aku layan dulu. Manalah tahu kalau customer itu baru lepas siram kubur ibu dia ke apa. Hahaha!

Tetapi yang syoknya, maps di telefon tertera “we are arrived”. Aku tengok sekeliling gelap, tiada sesiapa pula yang kelihatan sedang menunggu.

Aku buka customer info untuk mendapatkan nombor telefonnya dan tanya dia ada di mana sebab maps menunjukkan aku telah sampai.

Buka info, memang tiada sebarang info mengenai customer sebab masa mula-mula aku terima permintaan itu, hanya keluar panggilan dari ‘JOI’ dan aku terus tekan ‘accept’ sebelum tiba di lokasi berdasarkan maps yang diberi.

Tiba-tiba aplikasi Uber offline. Aku tunggu selama lima minit lagi.

Manalah tahu kalau customer baru turun dari kubur atau baru keluar rumah. Tetapi perlahan-lahan aku terhidu bau wangi seperti ada sesuatu di dalam kereta.

Aku dah mula rasa lain macam. Tapi nak menyedapkan hati, aku layan saja dan bercakap seorang diri.

“Aku dah sampai sini, siapa nak bayar trip aku ke sini?”

Selepas itu aku tekan ‘start trip’ semula. Dalam masa yang sama, aplikasi itu kata aku sudah tiba di destinasi customer. Terus tertera ‘Drop Off’.

Kalau anda pemandu Uber, setiap berakhirnya trip, anda hantar customer sampai ke destinasi, memang maps akan keluar ‘drop off’, bermakna sudah sampai.

Bayangkan bagaimana kalau betul customer request, tetapi tak letak detail dan tempat dia nak drop, mana boleh proceed maps itu? Tak mungkin!

Tetapi apa yang menjadi tanda tanya pada maps ini, tertera alamat customer nak turun ‘unknown’.

Kalau difikirkan semula dan perhatikan maps, jarak dari tempat pickup ke destinasi hanya sejauh 0.01 kilometer. Gila apa jarak dekat begitu nak naik Uber?

Ah! Ini sudah semakin pelik. Aku terus keluar dari jalan raya itu sebab keadaan menjadi semakin pelik.

Lima kilometer kemudian, aku ternampak stesen minyak. Aku singgah pergi tandas, refresh apa yang patut dengan harapan bau wangi tadi hilang sebab aku nak balik ke rumah!

Apabila kembali semula ke kereta, bau wangi itu masih ada lagi. Aduh! Dia tak blah (berambus) lagi ke? Aku syak ‘benda’ itu mengekori dari kubur itu tadi.

Selepas itu, aku dah malas nak buang masa sebab memang sumpah seram sejuk dah masa itu. Aku beranikan diri juga bercakap semasa masuk dalam kereta.

“Aku nak balik dah ni. ‘Kau’ turun, jangan ikut aku. Aku nak balik…”

Aku pun masuk dan baca bismillah dengan ayat Qursi. Lima minit kemudian, bau itu hilang. Ya Allah leganya hati aku. Terus aku call isteri dan cakap dalam perjalanan pulang ke rumah.

Nak percaya atau tidak, terpulang.

Tetapi sumpah aku tak tipu bahawa inilah pengalaman yang paling tidak baik sepanjang menjadi pemandu Uber. Tapi itu bukan alasan untuk melemahkan semangat aku mencari rezeki dengan Uber.

Cuma aku nak berpesan, jagalah diri baik-baik.

Selepas ini kalau tengah malam maps dah bawa masuk jalan gelap pendalaman pelik, lebih baik buat pusingan U saja. Bimbang ‘benda’ itu atau orang nak merompak ke apa.

Sekian cerita pengalaman aku sebagai pemandu Uber buat anda semua.

Sumber : @Nur Sabreena

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...