November 20th, 2018

Berang apabila dituduh sombong dan tidak menegur usahwan kosmetik, Datuk Seri Vida pada konsert akhir GV5 Ahad lalu, pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad semalam mempersoalkan dan menuntut agar DSV membayar segala hutang yang tertunggak.

Menerusi portal mStar Online, Nabil berkata hutang tersebut mencecah puluhan ribu ringgit melibatkan satu projek luar antara mereka sejak dua tahun lalu.

Ya, dia masih belum bayar hutang saya yang mencecah puluhan ribu ringgit sejak dua tahun lalu. Ia projek dan kerjasama antara kami sebelum ini. Dah lama saya tunggu. Sejujurnya, saya tak heran sangat tentang duit itu tapi saya geram apabila dia fitnah kata saya tak tegur dia masa di Konsert Akhir Gegar Vaganza 5.  Sebab itu saya tinggalkan komen isu hutang itu di video Instagramnya, selama ini saya tak pernah kisah tentang hal itu.

Nabil menganggap DSV sengaja ingin memperbesarkan perkara itu dan membuat dakwaan palsu sedangkan ramai penonton di dalam dewan menjadi saksi beliau dan Jihan ada menegur bekas penaja program hiburan tersebut.

Kalau nak fitnah pun agak-agaklah, kalau cakap kami tak tegur ramai kat depan tu yang nampak kami panggil. Saya tegur dia dan sempat melambai atas pentas lagi. Dia masuk dewan ketika program sudah mahu berakhir. Tapi tak apalah kalau dah fitnah kami nak buat macam mana. Tidak mengapalah, Allah maha mengetahui.

Buat Nabil tindakan DSV yang mempertikaikan isu berkenaan di media sosial  adalah sangat tidak profesional. Apa salahnya untuk menghubunginya secara peribadi jika ada sebarang rasa tidak puas hati dan menyelesaikannya dengan cara lebih matang.

Sumber Berita : mStar Online


34 responses to “Selama Ini Tidak Heran Pasal Hutang Itu, Tapi Geram Apabila Difitnah DSV – Nabil Ahmad”

  1. Kedondong says:

    Nabil memang jenis xde adab sikit. Tapi makcik vida dah kantoi berapa kali dah menipu org. Aisyah, la vida coin, hutang perabot, hutang nabil. Kdg2 wujud org mcm nabil, supaya org2 menipu mcm vida ni terkantoi. Kena org jenis sikit2 jaga aib, berapa ramai x tahu vida ni kaki tipu.

  2. Alip syuk says:

    ah nabil, kau fitnah Jaafar on audition tv bley plak. Dh tao Vida kaki belit, kau pn nk belit gak. Ckp nk bersara kn? Cpt2 sket, Muak kot tgk lawak2 bodoh. Mmg elok Jamal sound kau dlu

  3. HUTANG WAJIB TUNTUT says:

    Hutang wajib dituntut okeyh semua netizen. Tak perlu salahkan Nabil dlm hal ni. Dia perli ja tuh sama DSV anggap hutang tu tak banyak. Sebab DSV nih jenis suka tipu. Kalau tak kes hadiah Aishah pun dia sombong angkuh tak peduli! Kasihan org2 biasa tertipu dgn jutawan begini.

    • Shame On U says:

      Betul tu sokong 1000%.
      Hutang tetap hutang. Hak tetap hak.
      Org tu cari duit susah payah. Ko senang2 nk wat2 lupe hutang ko kat org lak ye. X nak baya x pe, esok jwb la kt SANA… kdg2 x yah tunggu kat SANA…kat dunia pun ALLAH da hukum, x diri sendiri, keturunn yg terima padahnya.

  4. Noname says:

    Aliff shukri yg x dpt nyanyi datuk vida pn ikut sentap,..
    Habis keluar bahasa kesat n cerita2 personel..
    Siaran langsung kut..fokus la pd peserta dll..
    Semua nya nk padankn muka pihak tertentu..
    Apa lah contoh pd masyarakat..

  5. Tk says:

    Apa jadi kes Aisyah dg DSV. Harap dah settle

Loading...