“Selama Ini Patuh & Ikut Sahaja..” – Pengasas Jenama Kosmetik Beautyra Menangis, Hentikan Penjualan Setelah 6 Tahun

Hiburan

“Selama Ini Patuh & Ikut Sahaja..” – Pengasas Jenama Kosmetik Beautyra Menangis, Hentikan Penjualan Setelah 6 Tahun

Pengasas jenama produk kecantikan dan alat solek Beautyra, Tyra Kamaruzaman mengumumkan bahawa perjalanannya sejak enam tahun yang lalu bagi membangunkan jenama itu sudah terhenti di tengah jalan.

Menerusi satu hantaran Instagram, Tyra menulis panjang lebar mengenai suka duka dan liku-liku yang dilaluinya sepanjang membangunkan jenama kosmetik yang terkenal itu.

Advertisement

Ujarnya, dia mengorbankan pelbagai perkara tidak kiralah wang, tenaga dan air mata sepanjang perjalanannya memperkenalkan Beautyra ke mata peminat.

Dalam hantaran tersebut, Tyra juga menjelaskan bahawa dia sudah mematuhi dan mengikuti segala apa yang perlu diikuti namun pegangan dan prinsip hidupnya adalah lebih daripada itu.

Saya berpegang teguh dengan prinsip saya dan untuk lebih maju, saya tidak boleh terperangkap dalam ‘sangkar’ dengan manusia yang menahan diri saya untuk lebih berjaya. Saya perlu terus berusaha, supaya Beautyra terus terbang tinggi.

Menganggap penamatan jenama tersebut bukanlah petanda dia tidak lagi melibatkan diri dalam industri kecantikan, Tyra berkata dia akan kembali lebih kuat dan akan membentuk jenama baru dengan caranya yang tersendiri.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, netizen terutamanya peminat jenama Beautyra tampil memberikan kata-kata semangat meskipun bersedih berikutan terkuburnya jenama itu di pasaran.

Sekadar info, Tyra yang merupakan bekas kekasih kepada anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid memulakan jenama Beautyra dengan menawarkan rangkaian alat solek seperti pemerah pipi, gincu dan sebagainya.

Beautyra juga merupakan syarikat kecantikan yang bernaung di bawah CTDK Holdings di mana Aazief merupakan salah seorang ‘Executive Director’.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Puteri Sarah Ira
9 months ago

"Netizen Macam Kau Kan B*doh.." - Dituduh Sikap Kasar Jadi Punca Cerai, Puteri Sarah Balas Komen Netizen Biadab

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...