Selama Bertahun Lelaki Ini Nak Sambung Belajar Tapi Tak Lepas , Selepas 5 Tahun Ini Yang Terjadi Padanya

Trending

Selama Bertahun Lelaki Ini Nak Sambung Belajar Tapi Tak Lepas , Selepas 5 Tahun Ini Yang Terjadi Padanya

Setiap individu pasti mengimpikan kejayaan yang cemerlang dalam hidupnya. Satu demi satu tangga kejayaan akan didaki. Namun perjalanan setiap kejayaan itu bukanlah semudah yang difikirkan. Duri ranjau pasti akan bertandang baik banyak mahupun sedikit.

Begitulah juga dengan situasi seorang lelaki ini yang begitu cekal dalam mencapai kejayaan yang diimpikannya. Biarpun diduga dengan pelbagai dugaan, dia teguh berdiri dan mencari jalan untuk mencapai impiannya.

Advertisement

Kisah kecekalan Penolong Pegawai Perubatan, Mahadi Bin Ismail yang kini sedang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan Kecemasan (Emed) merupakan salah seorang contoh PPP Berwawasan !

5 TAHUN YANG LALU…

Abam gila sangat-sangat nak sambung belajar. Genap setahun perkhidmatan, abam mohon Degree Science In Emergency Medicine (Emed) UKM tapi tak layak sebab tak cukup syarat 3 tahun perkhidmatan.

Tahun 2012 Abam mohon Emed tapi tak layak, jadi abam amek Nursing Practice Development kat MAHSA. Cohort 23 masa tu.

2013..

Abam mohon lagi Emed sebagai pilihan pertama, tak layak lagi.

Tapi abam diberi pilihan kedua, Deg in Biomedic.

Sempat seminggu je orientasi di Kolej Tun Syed Nasir, UKM Campus KL. JKN Terengganu hubungi minta balik bertugas sebab tak layak mohon cuti belaja separuh gaji gara-gara tak cukup tahun berkhidmat katanya.

Sedihnya la masa tu.

Balik heret bagasi keluar dari kolej tunggu bus kat guard. Ramai adik-adik orientasi tanya kenapa balik? Abam diam je. Panjang cerita nk jelaskan, hanya bagitau tangguh pengajian. Teringat lagi. Hujan renyai pulak masa tu. Allah.. syahdu sungguh suasana. 

Masa tu dalam DECTAR UKM, abam tengok je pengambilan EMED 2013/2014 kat pentas atas. Sambil jeling-jeling. Dengki! Yess abam sangat dengki kat depa yang dapat dan kenapa abam tak dapat? Terasa ini x adil. Dunia ini kejam! 

Sebulan lepas tu JKN keluarkan surat bagitau abam cuma layak mohon cuti Belajar bermula SEPT 2015. Redha dalam pasrah. “tiada rezeki aku”  Aku kena kuat!

Masa tu abam mula kenal kawan dan mana lawan. Ada yang beri semangat dan ada yang mendownkan abam. Ada juga berpesan “jangan sampai apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Ya, abam ingat sampai sekarang. KEMBALI BERTUGAS dan masa berjalan.

OKT 2014..

Abam rasa diri makin tua. Hehe pikir masa depan rasa mcm tiada harapan nak sambung EMED.

Abam mohon Degree in Psychology UKM. Best dan seronok masa tu duk pikir nak sambung psychology ni jer. Masa depan abam nak jadi psychologist!! Macam prof onni 

Masa tu abam pengambilan pertama PPP yang sambung belajar Degree in Science Social ( Psychology) kat Bukit Merah Lake Town Resort.

Mode pengajian Pembelajaran Berterusan Jarak Jauh (PBJJ). Ulang alik dari Terengganu ke Perak pada hujung minggu. Syukur kerana mendapat support dari PKD Dungun, incharge & rakan PPP di KK Paka. 

Sempat 1 setengah sem jer.

Masa belajar psikologi itu ada topik personaliti, kognisi dan persepsi. Tersentap jap abam. Ia tentang hidup kita. Tak perlu HIPOKRIT. Hanya jadi diri sendiri. Tiba-tiba abam sedar. Apa yang abam nak dalam hidup abam sebenarnya.

Teringat balik EMED. Awal tahun 2015 tu PPUKM ada buka tawaran utk EMED. Abam cuba isi dan mohon lagi. Harapan 3o% jer. Tak terlalu berharap. Bimbang berlaku perkara yang sama. Tawakkal 

2015..

Tengah kalut nak peperiksaan akhir sem 2 psikologi, PPUKM hubungi bagitau abam terpilih untuk sesi temuduga EMED.

Masa tu abam tengah hadiri National Conference Of AMO kat MITC Melaka.

Tengah berkobar masa tu nak persembahkan 2 kajian abam buat.

Cepat2 keluar dewan dan hubungi mak bagitau berita ni. Mak gembira. Mak tak halang apa yang abam nak. Mak selalu berdoa yang terbaik untuk abam dan ahli keluarga yang lain.. ALHAMDULILLAH. Terbang di langit tinggi!

Sbb tak penah memandu seorang diri ke KL, abam memberanikan diri memandu ke KL. Terpaksa untuk kejar cita2.

Buang rasa takut tu campak jauh-jauh sampai tak nampak. Buat persediaan persembahan “ADAKAH PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN BOLEH MENGETUAI PASUKAN RESUSITASI?”

Abam buat yang terbaik. Peperiksaan, persembahan dan sesi temuduga. Sampai termenangis masa ditemuduga. hewhew ( malu lak aih..)

Tapi selepas perkenalkan diri seperti penemuduga mahukan, panel sendiri ckp..”awk sepatutnya bersikap profesional. Awak tak boleh menangis tapi dalam bilik ni, hari ni awak boleh menangis.”

Allah… sebak!! abam menangis sampai tersedu sambil cover2…sedih wooo.

Dah bertahun kita mintak, kali ni baru dia panggil temuduga. Lantak lah apa panel nak cakap. Nasib baik ada tisu dalam blazer. Cepat2 lap air mata. Ini bukan lakonan. Ini betul2 haha 

SEPT 2015..

Alhamdulillah…!!

Abam berjaya temuduga dan dapat ikut Degree in Science Emergency Medicine With Honour. Masa yang cepat berlalu. Sekarang dah Tahun Akhir. Penantian selama bertahun, akhirnya abam dapat apa yang abam nak.

Berkat doa mak, isteri, anak dan keluarga 

Allahuakbar..

Bila pikir2 balik.. abam dah lalui banyak cabaran sepanjang mohon belajar ni. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Rancangan kita tidak SeBAIK apa yang ALLAH Telah rancangkan untuk kita.

Sebab kita hanya merancang & Allah yang akan menentukan.

Semoga Mahadi bin Ismail dan kawan-kawan dapat meneruskan pengajian BSc EmMed Hons dengan jayanya dan berjaya peroleh DEKAN & 1st Honour Degree.

Sumber: @malaysianppp

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...