Sepanjang tiga tahun perkahwinan, sudah berkali-kali dirinya dikasari isteri. Itu kata suami kepada penyanyi Zehra Zamri iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin, 42, yang mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Iqwan mendakwa Zehra mempunyai sikap panas baran dan sejak mereka berkahwin, insiden dia dikasari isterinya itu sudah beberapa kali berulang.
Selama tiga tahun kahwin, empat kali saya dipukul. Ini bukan fantasi nakal atau seks ganas. Saya betul-betul dipukul.
Malah, Iqwan juga mendakwa dia pernah dipukul oleh Zehra yang menyangka dia mempunyai hubungan sulit selepas seorang wanita ‘like’ fotonya di Instagram.
Bukan itu sahaja, Iqwan turut mendakwa Zehra pernah memukulnya menggunakan objek tajam sehingga meninggalkan parut kekal.
Saya pernah dipukul apabila peminatnya ‘like’ gambar saya ketika dia menyertai Gegar Vaganza musim ke-11. Dia tuduh saya ada skandal dengan peminat itu.
Iqwan turut menunjukkan foto parut kekal akibat perbuatan isterinya itu yang selama ini disimpan sebagai bahan bukti.
Sementara itu, Iqwan berkata dia enggan melafazkan cerai terhadap Zehra kerana alasan dan tuntutan isterinya itu berbentuk tuduhan dan fitnah terhadapnya.
Alasan tidak munasabah. Ia satu tuduhan dan fitnah. Kalau saya setuju untuk cerai maknanya alasan itu betul dan boleh menjatuhkan maruah saya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.