“Selama 19 Tahun Ini Kali Kedua Ayah ‘Break Down’..” – Anak ‘Upload’ Video Aaron Aziz Menangis, Kesal Bapa Jadi Mangsa Buli Siber

Hiburan

“Selama 19 Tahun Ini Kali Kedua Ayah ‘Break Down’..” – Anak ‘Upload’ Video Aaron Aziz Menangis, Kesal Bapa Jadi Mangsa Buli Siber

Melalui platform Threads, anak perempuan pelakon, Aaron Aziz memuat naik video rakaman CCTV di bilik bapanya yang telah menarik perhatian ramai.

Aaron Aziz ‘break down’, jadi mangsa buli siber

Dapat dilihat melalui rakaman tersebut, kelihatan Aaron tidak dapat menahan air mata dipercayai disebabkan dirinya serta keluarga teruk dikecam susulan difitnah oleh seorang individu wanita.

Advertisement

Aaron aziz menangis

Melalui ruangan kapsyen hantaran tersebut, anak Aaron iaitu Dwi Ariana, dia meluahkan rasa kesal terhadap individu bernama Sharina Richie kerana punca keluarganya menjadi mangsa buli siber.

“Selama 19 tahun, Ini kali kedua ayah saya menangis..”

Dwi ariana anak aaron aziz

The bullying is terrible. Selama 19 tahun saya hidup, saya pernah tengok ayah saya menangis dua kali. Pertama apabila ibunya meninggal dunia dan satu lagi malam semalam.

Dalam pada masa yang sama, Dwi turut memberi amaran kepada Sharina untuk bersiap sedia menyediakan wang yang banyak kerana keluarganya akan mengambil tindakan undang-undang susulan fitnah yang telah disebarkan.

Aaron Aziz ambil tindakan undang-undang pada Sharina
2025-10-06 07:17:57

Emosi Anak-Anak Turut Terganggu, Aaron Aziz & Isteri Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...