“Selama 18 Tahun Bersama..” – Andai Isteri ‘Pergi’ Dulu, Aliff Syukri Akui Akan Kekal Setia & Tidak Akan Berkahwin Lagi

Kehidupan

“Selama 18 Tahun Bersama..” – Andai Isteri ‘Pergi’ Dulu, Aliff Syukri Akui Akan Kekal Setia & Tidak Akan Berkahwin Lagi

Sedia maklum, sejak kebelakangan ini banyak kes selebriti atau individu dikenali ramai bercerai, tetapi usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri memberitahu dirinya akan sentiasa setia dan tidak akan berkahwin lain seandainya isteri, Datin Seri Nur Shahida dijemput ilahi dahulu.

Susah dan senang bersama

Menurut usahawan berusia 37 tahun, isterinya merupakan satu-satunya wanita yang berada disamping ketika dia berada dalam keadaan susah, mahupun senang.

Advertisement

Selama 18 tahun kami bersama, Alhamdulillah segala pahit dan getir berjaya ditempuhi sampaikan hampir bercerai. Tapi kalau ditakdirkan isteri saya tiada, mungkin saya tidak akan berkahwin lagi.

Kata Aliff, selama bersama sepanjang 18 tahun, dia tidak menafikan rumah tangganya turut hadapi dugaan tetapi Aliff meluahkan rasa syukur serta terima kasih kepada isteri kerana kekal setia di sisinya.

Sedih dengar berita perceraian selebriti

Dalam pada masa yang sama, Aliff turut meluahkan rasa sedih melihat banyak berita perceraian melibatkan rakan-rakan selebritinya.

Saya tak boleh tengok orang bercerai, saya rasa sedih kerana saya yakin tiada seorang pun yang berkahwin mahu bercerai melainkan ia adalah jalan terakhir.

Tambahannya lagi, dia meminta agar golongan wanita yang bergelar isteri supaya cuba untuk berbaik dengan suami demi keharmonian rumah tangga.

aliff syukri nasihat pekerja
5 months ago

"Orang Yang Bos Hargai Adalah Orang Tak Berkira.." - Aliff Syukri Nasihat Pekerja Harus Sentiasa Angkat 'Call' Meskipun Cuti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...