“Selalunya Benda-Benda Ni Awal Perkahwinan Je..” – Fizi Ali Bidas Individu Dengki Dengan Hubungannya Bersama Isteri

Hiburan

“Selalunya Benda-Benda Ni Awal Perkahwinan Je..” – Fizi Ali Bidas Individu Dengki Dengan Hubungannya Bersama Isteri

Penyampai radio sensasi, Fizi Ali baru-baru ini telah memuat naik hantaran di Instagram story yang menyatakan rasa kurang berpuas hati apabila terdapat individu yang membuat komen tak patut terhadap hubungan pasangan pengantin baru ini.

Pada awalnya, Fizi telah berkongsi semula video yang dimuat naik oleh isterinya, Nurul Zulaikha yang menunjukkan rasa bersyukur apabila suaminya itu sanggup menolongnya membuat kerja rumah ketika dia tidak sihat.

Advertisement

Selalunya benda-benda ni awal perkahwinan je kak.

3-5 tahun nanti he will show his true colour. Begitulah kehidupan.

fiziSumber : Instagram  

Ekoran mesej yang ditinggalkan oleh individu tersebut, bapa kepada dua orang anak ini juga membalas pernyataan tersebut. Katanya dia tidak perlu memburuk-burukkan namanya kepada si isteri.

Fizi juga mempersoal tujuan individu itu menghantar mesej itu. Fizi menyangka hal tersebut dilakukan kerana ingin memecah-belahkan rumah tangga yang baru dibina mereka itu.

Namun demikan, pasangan ini masih kelihatan dalam hubungan yang baik walaupun sempat terpalit dengan gosip bersama bekas isteri kepada Fizi tempoh hari.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Kenapa Perlu Lupakan Anak Saya.." - Dituduh Memisahkan Anak Dengan Ibu, Fizi Ali Kecewa Hanya Ingin Berjumpa Ameena

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...