“Selalu Tengok Dalam TV Je” – Hairul Azreen Bangga Dapat Main Badminton Dengan Lee Chong Wei

Hiburan

“Selalu Tengok Dalam TV Je” – Hairul Azreen Bangga Dapat Main Badminton Dengan Lee Chong Wei

Mengakui bangga apabila berkesempatan bermain satu gelanggang dengan lagenda sukan negara, Datuk Wira Lee hong Wei, aktor tampan Hairul Azreen berkongsi momen manis tersebut kepada umum apabila tampil memuat naik beberapa keeping foto dan video aksi beregunya bersama Chong Wei di laman Instagram.

hairul azreen lee chong wei

Advertisement

Menurutnya, ia merupakan satu kenangan yang membanggakan apabila beliau dapat bermain dengan individu tersebut kerana sebelum ini hanya mampu melihat aksi lincah Chong Wei di termasya dunia dalam televisyen sahaja.

“Berpasangan dengan pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei. Rasa sangat bangga, selalu tengok dalam TV je.”

Lebih menarik, isterinya Hanis Zalikha juga yang pertama kali main bersama turut tidak ketinggalan dipahat dalam foto yang dikongsi Hairul bersama jaguh sukan tersebut.

Tambah istimewa apabila Chong Wei turut menghadiahkan sepasang raket badminton kepada pasangan itu.

Menjengah ke ruangan komen, posting yang mendapat ribuan tanda suka itu turut dihujani pelbagai komen murni daripada pengikutnya. Malah, ramai yang turut melepaskan rindu melihat aksi hebat Chong Wei.

Terdahulu, pada 13 Jun 2019 selepas 19 tahun mengharumkan nama negara Chong Wei mengumumkan pesaraannya. AUntuk rekod, antara pencapaian besar Chong Wei yang terus diingati adalah pingat perak temasya Olimpik bermula di Beijing 2008, diikuti London 2012 dan Rio de Janeiro pada tahun 2016.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...