Terlalu kerap berkongsi kebahagiaan di media sosial, pelakon Elfira Loy mendedahkan dia pernah diserang penyakit ain hingga menjejaskan rutin harian dan keharmonian rumah tangganya bersama suami tercinta.
Menurut Elfira, atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 31, penyakit ain bukan sekadar mitos, sebaliknya berpunca daripada pandangan mata penuh iri hati dan hasad dengki terhadap kebahagiaan orang lain.
Penyakit seram yang paling saya takut adalah penyakit ain. Orang tu tak buat apa-apa pun, tapi bila ada cemburu mendalam, kita boleh jatuh sakit.
Dulu saya tak terlalu percaya. Bukan tak percaya langsung, cuma saya yakin Allah sentiasa melindungi. Lagipun niat saya bukan untuk menunjuk.
“Tapi bila ada seseorang yang cemburu akan kita, kita boleh kena penyakit ain. Itu lebih seram sebab tak ada cara untuk ubati,” katanya dalam sebuah sesi audio siar.
Berkongsi lebih lanjut, bintang Damping Malam itu turut mengakui perubahan emosi yang dialaminya memberi kesan terhadap hubungan dengan suami.
Saya jadi malas, lemah, cepat marah dan hubungan dengan suami pun jadi tak seronok.
Tapi bila saya mula sakit, saya terus cari orang yang betul untuk rawat. Jangan biar berlarutan.
Susulan pengalaman itu, ibu kepada dua cahaya mata ini kini lebih berhati-hati dalam berkongsi tentang nikmat hidup dan rezeki di media sosial.
Untuk makluman, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019. Pasangan ini dikurniakan dua anak iaitu Muhammad Rayyan Khalaf, 6, dan Nur Aria Mikayla, 4.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.