“Malulah nak bercakap bulan puasa ni, mulut aku berbau pastu gigi aku tak putih”
Masalah gigi selalu menjadi punca hilang keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang lain. Ada yang segan untuk senyum mempamerkan gigi kerana gigi kuning dan tak kurang juga kerana nafas berbau. Terutama bulan puasa ni bau mulut semakin kuat. Malunya!
Tapi apa yang menyebabkan masalah gigi dan bau mulut ni terjadi? Adakah sebab kurang ambil tahu tentang penjagaan mulut atau menggunakan ubat gigi salah?
Masalah mulut penyebab kemurungan
Masalah mulut walaupun sering dipandang ringan, sebenarnya mampu memberikan tekanan kepada individu yang menghidapinya.
Apabila seseorang mempunyai masalah mulut dan gigi, secara automatik ia akan menganggu kehidupan daripada segi pertuturan, rasa rendah diri, kurang mempamerkan senyuman dan sentiasa bercakap dengan menutup mulut.
Faktor ini jika berlanjutan boleh membawa kepada masalah kemurungan di kemudian hari. Oleh itu, sebagai individu atau ibu bapa, korang sepatutnya peka dengan penjagaan mulut ini.
Cara paling mudah adalah menerapkan cara penjagaan gigi dengan betul dan paling penting pemilihan ubat gigi yang memberi manfaat pelindungan gigi yang menyeluruh.
Fresh & White lindungi gigi daripada kaviti dan nafas berbau
Ramai yang memberi alasan berpuasa menjadi punca mulut berbau, tapi korang tau tak dengan ubat gigi Fresh & White, ia dapat melindungi nafas korang daripada berbau walaupun seharian berpuasa.
Nafas berbau selalunya berpunca daripada masalah kaviti gigi, tapi dengan teknologi Anti-Sugar Shield (pelindung anti gula), ubat gigi Fresh & White bukan sahaja membantu memberikan kesegaran nafas yang berpanjangan malah menguatkan dan memutihkan gigi. Bila gigi berseri barulah yakin nak tersenyum lebar bila bergambar.
Kalau korang nak tau, Fresh & White ni merupakan ubat gigi anti-kaviti daripada Lion Japan, yang merupakan syarikat penjagaan mulut nombor 1 di Jepun. Jadi jenama ni memang sangat dipercayai.
Diformulasikan dengan dwi florida dan kalsium yang membentuk Anti-Sugar Shield pada sekeliling enamel gigi yang menguatkan enamel, ia juga memberi pelindungan aktif daripada penghasilan asid gula oleh bakteria. Bila gigi dilindungi barulah kaviti tak muncul!
Senyuman Ceria, Semangat Beraya
Pejam celik tak lama lagi kita bakal menyambut Aidilfitri, jangan jadikan masalah gigi punca korang terkurung dalam bilik dan tak nak berjumpa dengan orang.
Sekaranglah masanya korang kena dapatkan ubat gigi Fresh & White untuk memberikan pelindungan gigi dan mengelakkan nafas berbau dengan kesegaran daun pudina.
Paling best mulai 1 Mei hingga 30 Jun 2021, Fresh & White menganjurkan peraduan Beli & Menang, di mana korang berpeluang untuk menang iPhone 12, perkakas rumah dan juga rebat Touch n’ Go hanya dengan pembelian ubat gigi Fresh & White.
Cara nak menang mudah je, ikut langkah kat bawah ni:
- BELI produk Fresh & White minimum RM5
- MUAT TURUN aplikasi brandcode untuk penyertaan
- TEKAN activities untuk memuat naik resit pembelian
Jadi tunggu apa lagi, jom beli produk Fresh & White bagi melindungi korang sekeluarga daripada masalah gigi yang menjadi punca kaviti dan nafas berbau.
Bila mulut sihat, senyuman jadi lebih ceria dan barulah semangat nak beraya. Untuk maklumat lanjut, korang boleh follow Facebook dan InstagramFresh & White atau terus klik di SINI.