“Selalu Orang Yang Ambil Kursus Kulinari Ini Sebab Itu ‘Last Resort’ Diorang”

Trending

“Selalu Orang Yang Ambil Kursus Kulinari Ini Sebab Itu ‘Last Resort’ Diorang”

Seorang netizen mengeluarkan satu kenyataan mengenai bidang kulinari telah mengundang kecaman ramai pengamal kulinari baru-baru ini.

Advertisement

Mana tidaknya, lelaki itu mendakwa mereka yang mengambil bidang kulinari ini selalunya golongan yang waktu sekolah tak habis belajar betul.

“Di Malaysia ini, selalu yang ambil kursus kulinari ini sebab itu jadi pilihan terakhir diorang. Saya minat kulinari tetapi saya tahu kalau saya ambil, saya terpaksa berkawan dengan orang-orang bodoh.

“Ini kisah benar. Pergilah mana-mana institusi, orang yang ambil kursus kulinari ini selalunya anak orang kaya yang waktu sekolah tak belajar betul dan orang-orang yang ambil kursus untuk buang masa,” katanya.

Kenyataan Harmin yang dimuat naik di ruangan komen Facebook Gags Malaysia itu, mengundang rasa tidak puas hati para pengamal kulinari yang menganggap kenyataan itu satu penghinaan dan memandang rendah bidang tersebut.

Menyedari dirinya dikecam, Harmin menjelaskan bahawa kenyataan itu bukan ditujukan kepada semua, sebaliknya kepada anak-anak orang kaya yang terpaksa mengambil bidang kulinari bagi mencukupkan kuota.

“Saya maksudkan anak-anak orang kaya yang kena paksa study, geng lepak, geng ambil kulinari untuk cukupkan kuota sahaja.

“Spesis budak-budak yang main-main seperti itulah yang memalukan para chef. Siapa yang makan cili, dia rasa pedaslah,” jelasnya yang cuba meredakan kemarahan para pengamal kulinari.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.