October 13th, 2017

Kes rumahtangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa (nama sebenar Siti Arifah Amin) sememangnya menjadi tumpuan ramai sejak ia bermula. Banyak pengajaran dan teladan yang boleh kita pelajari daripada masalah yang melanda mereka berdua. Memang complicated apa yang terjadi. Sama-samalah kita menantikan keputusan mahkamah kerana hanya mereka yang arif dalam bab rumahtangga sahaja mampu memberikan keadilan kepada pihak yang benar.

joy revfa

Apa pun Joy Revfa di dalam sidang medianya semalam telah melahirkan rasa syukur kerana Hafiz Hamidun telah memfailkan penceraian terhadapnya. Kata Joy:-

Apa guna kalau bergelar suami-isteri sedangkan tiada lagi perasaan sayang itu. Cukuplah! Ini pengajaran untuk saya. Secara peribadi dia bukan seorang suami yang bertanggungjawab. Dia sepatutnya berada di sisi saya, bukannya melarikan diri apabila timbul isu begini. Saya tak mahu ulas mengenai soal hubungan kami sebagai suami dan isteri kerana ia hanya akan memalukan dia. Syukur, dia dah failkan penceraian terhadap saya

joy revfa

Menurut Joy Revfa, dia telah cuba sedaya upaya untuk berdamai dengan Hafiz Hamidun namun segala usahanya tidak diendahkan oleh penyanyi tersebut. Tambah Joy lagi:-

Saya telah berusaha menghubungi Hafiz, namun dia tidak mengambil peduli mengenai masalah rumah tangga mereka. Sejujurnya, selalu mesej minta dia berdamai, tapi dia tak layan. Itu yang saya kesal kerana dia tak mahu bincang secara baik.

Saya tolak lamaran pertama kerana saya masih belum mendaftarkan perceraian tapi dia tetap nak berkahwin. Dia kata dia boleh selesaikan isu ini selepas pernikahan, malah ibu saya percaya Hafiz mampu membimbing saya dan akhirnya kami menerima lamaran Hafiz Hamidun

joy revfa

Secara jujurnya Abang Nara memang keliru dengan kes mereka berdua ini. Terlalu banyak kenyataan daripada kedua-dua belah pihak. Abang Nara hanya mampu berdoa agar pihak yang benar akan mendapat kemenangan. Semoga kes ini cepat-cepat selesai dan tidak lagi menjadi topik di dada akhbar dan juga sosial media. Semoga Hafiz dan Joy dapat mencari ketenangan dan melupakan episod hitam ini. Sama-sama kita doakan. Sumber Mstar Online.


Comments are closed.

Loading...