Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Selalu Lupa Lirik, Zamani Sebenarnya Sakit Teruk Dan Berdepan Risiko Lumpuh

Kehebatan yang ada pada Zamani dengan bakat semulajadi dalam bidang nyanyian membuatkan beliau cukup disegani. Meskipun tidak bergelar juara Gegar Vaganza 5, beliau tetap dianggap sebagai pemenang di hati rakyat Malaysia.

Advertisement

Mendapat tempat ketiga, tiada siapa tahu dugaan yang ditanggung oleh Zamani untuk memberikan persembahan terbaik setiap minggu. Sebelum ini, ramai yang hanya tahu mengkritik saat beliau lupa lirik ketika menyanyikan lagu Dekat Padamu.

Namun, ramai yang tidak tahu sebenarnya Zamani sudah beberapa tahun menghidap penyakit Skoliosis iaitu sakit tulang belakang bengkok dan melengkung.

Peratusan untuk sembuh adalah nipis, malah ia lebih berisiko tinggi hingga boleh mengakibatkan lumpuh jika pembedahan tak berjaya. Disebabkan itu, saya belum buat sebarang keputusan sama ada nak buat atau tak. Jadi, untuk mengelakkan kesakitan yang berterusan, saya ambil ubat tahan sakit. Setakat ini memang tak ada ubat khusus.

Sejak mengalami sakit ini, saya tak boleh berdiri dalam tempoh lama. Paling ketara, ia mengganggu nyanyian. Walaupun tidak selalu, tapi kalau kena sekali memang beri kesan dan mengganggu. Itu yang sepanjang dalam GV, saya selalu lupa lirik.

Advertisement

Zamani akan memanfaatkan wang kemenangan RM30,000 yang dimenangi olehnya semalam untuk menampung kos rawatan untuk sakitnya itu. Siapa sangka disebalik usaha beliau untuk menghiburkan semua, Zamani menyembunyikan kesakitan beliau. Sama-sama kita doakan agar beliau lekas pulih.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Instagram Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

51 Comments

  1. Anonymous

    November 20, 2018 at 2:41 pm

    Semuga Zamani diberikan kesembuhan, anak buah saya pun kena penyakit skoliosis ni. (70% bengkok) Alhamdulillah selepas jumpa pakar PPUM & lakukan pembedahan, dah normal bentuk badannya. Digalakkan berenang untuk senaman tulangnya itu.

  2. Matahati

    November 20, 2018 at 1:49 pm

    Mana2 yg kuat sgt mngutuk dlm ni, aku harap Allah rezekikan korang tuk rase plak ape itu scoliosis…

  3. bunga

    November 20, 2018 at 9:52 am

    ramai penyanyi2 Allah beri kelebihan pada suara mereka..seperti Jamal Abdillah.Ameng,Zamani,arwah Saleem,Mamat exist,Ezad Lazim dan ramai lagi..tapi syg mereka sendiri yg merosakkan diri sendiri..harap mereka sedar dan rasa bersyukur dengan pemberianNYA.. dan buang tabiat lama mereka..Aamiin..

  4. Aku

    November 20, 2018 at 12:45 am

    Patutlah aku tengok cara Zamani berdiri mcm tak berapa lurus. Skoliosis rupanya, sama mcm aku. Tapi aku tak nak operate sebab ada risiko, jadi buat fisio je kat hospital.

  5. PP

    November 19, 2018 at 11:57 pm

    Terharu..sebak n sayu rasa hati atas apa yg abg zamani lalui,. Cepat2 jmp pakar n buat operation jgn tangguh2 lg bang.masih ada harapan lg..buat masa ni bykkn mkn mknan buahan,sayuran yg segar n mknn berkhasiat..jgn sesekali ambil mknan yg dimasak yg terbiar lbh dpd 3 jam..begitu jgk jgn ambil mknn yg tengah panas..tunggu hingga is suam itupun sunnah Nabi Muhammad SAW..moga Allah melindungi n mpermudahkn urusan abg zamani..jgn fikir perkara yg lps itu sejarah fikir masa depan.. Aamiin YRA

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama