Wanita dikenali sebagai Chastity Patterson ini sering kali menghantar mesej pada nombor telefon milik mendiang ayahnya sejak kematian ayahnya itu.
Walaupun sudah empat tahun ayahnya meninggalkan dia dan keluarga, Chastity menjadikannya sebagai satu medium untuknya kekal berhubung dengan mendiang ayah. Walaupun tiada balasan yang diterima, Chastity sering berkongsikan perkembangan hidupnya sepanjang tempoh itu.
Hai ayah, ini saya. Esok akan menjadi hari yang sukar sekali lagi! Sudah empat tahun berlalu sejak saya kehilangan ayah dan tak ada sehari pun yang saya tidak rindukan ayah. Macam-macam yang berlaku sepanjang tempoh tu tapi saya pasti ayah tahu semuanya.
Di dalam mesej itu, Chastity berkongsikan perkembangan hidupnya dan apa yang berlaku di sepanjang tempoh ketiadaan ayahnya. Dia berjaya menunaikan janjinya untuk menjaga kesihatan dan kini dia bebas dari kanser. Dia juga berjaya menamatkan pengajiannya di universiti dengan cemerlang.
Siapa sangka pada ulangtahun kematian ayahnya yang keempat, dia menerima mesej balasan dari ‘ayah’ nya selepas sekian lama.
Kematian anak perempuan
Saya bukanlah ayah kamu tapi saya selalu mendapat mesej dari kamu sejak empat tahun yang lalu. Saya selalu nantikan mesej dari kamu siang dan malam untuk tahu tentang perkembangan kamu. Nama saya Brad dan saya kehilangan anak perempuan saya dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2014.
Brad yang merupakan pemilik nombor telefon itu kini, juga pernah merasai kehilangan seperti Chastity apabila anak perempuannya meninggal dunia pada tahun 2014. Walaupun mereka tidak mengenali satu sama lain, mesej dari Chastity memberinya semangat untuk teruskan hidup.
Sepanjang menerima mesej dari Chastity, dia pernah terfikir mahu membalas mesejnya tetapi tidak mahu mengecewakan gadis itu. Pada akhir mesej itu, Brad turut memberikan kata-kata semangat kepada Chastity yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.
Perbualan mesej ini dikongsikan oleh Chastity di laman Facebook miliknya dan mendapat lebih 14 ribu tanda suka dan 978 kongsian. Ramai yang turut memberikan kata-kata semangat pada dia dan mengagumi semangat yang ditunjukkan olehnya.