Selalu Filem Disney Jadi Rebutan Penonton Di Wayang, Tapi Kenapa Snow White Versi Woke Tak Laku?

Dunia

Selalu Filem Disney Jadi Rebutan Penonton Di Wayang, Tapi Kenapa Snow White Versi Woke Tak Laku?

Untuk makluman ramai, filem Snow White versi ‘woke’ yang mula ditayangkan pada 20 Mac yang lalu tidak mendapat sambutan daripada orang ramai.

Sebelum ini, filem berkenaan menerima kecaman hebat di kalangan masyarakat susulan watak Snow White yang asalnya merupakan watak berkulit putih salju ditukar kepada pelakon berkulit hitam.

Advertisement

Snow White versi ‘woke’ tak laku

Agenda ‘woke’ ini jelas sekali membuat ramai pihak berasa kurang senang, malah mereka yang berkulit hitam turut tidak mengemarkannya.

Dapat dilihat melalui platform X, seorang individu berkata jarang sekali untuk filem terbitan Disney tidak mendapat sambutan orang ramai, lagi-lagi apabila dua hari pembukaan berturut-turut tidak ramai yang menonton.

Dalam pada itu, ada juga yang menunjukkan tangkap layar foto memaparkan tiada yang membuat tempahan seat di dalam panggung wayang di kawasannya.

snow white woke tak laku

Terima komen negatif daripada akhbar dan majalah utama

Bukan itu saja, malah terdapat beberapa akhbar dan majalah utama telah memberikan ulasan negatif mengenai filem berkenaan.

Antara yang memberi ulasan negatif adalah BBC, di mana mereka mengatakan Snow White versi ‘woke’ ini seakan-akan mengalami krisis identiti dan Vanity Fair pula berkata filem ini lebih sesuai dijadikan sebagai drama TV sahaja.

Dalam pada masa yang sama, ramai juga beranggapan filem ini tidak laku susulan pelakon yang memegang watak Snow White di dalam filem ini melabel Snow White sebagai seseorang yang pelik kerana jatuh hati kepada stalker.

snow shite woke tak laku

chagee guna peta tuntutan china ke atas perairan malaysia
6 days ago

Guna Peta Tuntutan China Ke Atas Perairan Malaysia Dalam Aplikasi, Chagee Dikecam Teruk - "Memang Tak Serik Buat Hal!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...