Kanak-kanak zaman sekarang semakin terdedah dengan penggunaan gajet. Malah, ada sesetengah ibu bapa juga memberikan gajet kepada anak-anak tidak mengira masa, asalkan mereka boleh duduk diam. Namun, janganlah sampai mereka terlalu obses dengan gajet sehingga mendatangkan keburukan.
Baru-baru ini, Wawa Zainal mengakui anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar yang berusia enam tahun, mengalami masalah lambat bercakap kerana terlalu didedahkan dengan gajet.
Menerusi muat naik di Instagram, Wawa menasihati ibu bapa di luar sana untuk menghadkan penggunaan gajet anak-anak.
Tidak dinafikan ada ibu bapa yang memberikan gajet kepada anak mereka apabila diminta kerana mahu anak mereka berhenti menangis. Bagaimanapun, ada kalanya anda harus tegas agar tidak mengganggu proses tumbesaran fizikal dan mental anak anda. Bertindak sebelum terlambat!