“Selalu Dahulukan Saya & Minta Izin, Dia Isteri Syurga…” – Fattah Amin

Hiburan

“Selalu Dahulukan Saya & Minta Izin, Dia Isteri Syurga…” – Fattah Amin

Genap sebulan mendirikan rumah tangga, pelakon Fattah Amin meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang isteri penyayang dan berhati lembut yang sentiasa mendahulukan dirinya dalam setiap perkara.

Menurut Fattah, 35, isterinya Amira Othman bukan sahaja memiliki rupa paras yang menawan, tetapi juga keperibadian menenangkan yang melengkapkan kehidupannya sebagai seorang suami.

Advertisement

Amira sentiasa utamakan suami. Itu antara perkara yang buat saya rasa sangat istimewa tentang dia.

Apa jua keputusan, dia akan dahulukan saya, tanya pendapat, minta izin dan ambil tahu apa yang saya suka.

Itu buat saya rasa dia sangat istimewa, dia isteri syurga.

Perkongsian pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu pantas tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat yang tersentuh dengan kata-kata jujurnya.

Sejuk hati dengar Fattah cakap macam tu. Nampak betapa dia menghargai isterinya.

Baru nampak seri kahwin Fattah sejak berkahwin dengan Amira. Semoga kekal bahagia dunia akhirat

Dengar cara Fattah cerita pun dah tahu Amira tu wanita lembut dan hormat suami.

Pasangan sama cantik sama padan itu disatukan dalam majlis pernikahan sederhana di sebuah resort di Sepang pada 14 September lalu, sebelum diraikan seminggu kemudian dalam majlis resepsi di Persada Johor.

Untuk rekod, Fattah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fazura, namun mereka berpisah pada 7 Oktober 2024. Hasil perkahwinan selama tujuh tahun itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 5 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kamal Adli Uqasha Senrose
2025-10-14 13:08:38

"Dia Tetap Setia Walaupun Hatinya Terluka.." - Hantaran Uqasha Senrose Undang Perhatian Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...