Selalu Craving Benda Manis? Wajib Ada Stok Biskut Mesti Cuba Ini. Satu Pek Tak Cukup!

Branded

Selalu Craving Benda Manis? Wajib Ada Stok Biskut Mesti Cuba Ini. Satu Pek Tak Cukup!

Bila dah makan dah, tapi masih rasa nak mengunyah. Tak nak yang terlalu berat, kudap-kudapan pun sedap juga kan? Bukannya lapar sangat, cuma kalau dapat sesuatu ketika santai-santai di rumah, atau bosan menghadap traffic jam, memang layan habis.

Ada bermacam-macam snek didapati di pasaran, tapi kami nak perkenalkan snek yang paling sesuai dinikmati bila-bila masa, di mana jua untuk korang. Untuk minum petang atau sarapan di rumah pun boleh!

Julie’s Charm perkenal produk baru

Julie's Charm

Tengok pada pek dan logo, siapa tak kenal biskut Julie’s kan? Terbaru, Julie’s ada keluarkan Julie’s Charm khas untuk penggemar produk jenama ini. Tengok pun macam sedap je kan?

Julie’s Charm didatangkan dengan perisa Double Chocolate, satu mana cukup, 2 kali coklat barulah boleh nikmati keenakan berganda! Selain tu, ada juga dalam perisa Tiramisu untuk korang yang sukakan perisa pencuci mulut Itali, tapi dalam bentuk biskut, confirm layan punyalah.

Kalau nak tahu, Julie’s Charm ni sebenarnya biskut sandwich yang akan menjadi kegemaran ramai, dari atuk, nenek, ibu ayah sampailah ke anak cucu. 

Julie’s Charm Double Chocolate

Julie's Charm Double Chocolate

Julie’s Charm Double Chocolate didatangkan dengan biskut coklat rangup dengan krim coklat yang lembut dan mewah untuk melengkapkan kenikmatan dalam setiap suapan. Chocolate lover pasti suka yang ni, dah double chocolate, takkan mampu nak tolak punyalah.

Julie’s Charm Tiramisu

Julie's Tiramisu

Kurang gemar coklat? Coklat terlalu biasa untuk korang? Jangan risau sebab Julie’s juga sediakan pilihan Julie’s Charm Tiramisu. Biskut coklat yang crunchy mengapit krim berperisa tiramisu, memang ngam! Seimbang je rasa dia manis dengan sedikit pahit-pahit. Pro-tips, cicah kopi atau teh O panas, memang sedap, sedar-sedar dah berpek habis!

Julie's Double Chocolate

Siapa kata bila craving makanan manis perlu start kereta ke kafe mahal? Atau layan series kegemaran di rumah kena makan popcorn je? Julie’s Charm sedia dicapai untuk memenuhi craving dan menemani korang marathon series kegemaran sambil mengunyah.

Julie's Double Chocolate

Julie’s Charm didapati dengan pek 172g yang mempunyai 8 pek kecil sedia untuk dinikmati semua. Produk ini boleh didapati di pasar raya dan kedai runcit berhampiran korang. Boleh juga dipesan secara online menerusi Lazada serta Shopee.

Jangan lupa ikuti laman sosial Facebook, Instagram dan lawati website rasmi Julie’s untuk info dan promosi terkini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...