Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Selalu Bergurau Nak Kahwin Dua, Azmi Caliph Busker ‘Terdiam’ Bila Isteri Ungkit Hal Anak

Selepas 10 tahun menanti, Azmi Caliph Busker akhirnya bakal menjadi seorang ayah apabila isteri disahkan hamil. Difahamkan, kandungan isteri kini sudah memasuki usia empat bulan.

Advertisement

Terbaru, Azmi menerusi perkongsian di Facebook berkata pada lima tahun pertama perkahwinan dia sering ‘bergurau’ mengenai hajat ingin berkahwin dua. Isteri pada awalnya hanya melayan sahaja gurauan siap mencabar kehendak Azmi itu.

Dulu, waktu 5 tahun awal perkahwinan saya dan isteri, , dia tak marah langsung kalau saya bergurau fasal nak kahwin lain. Kononnya nak carikan dia kawanlah, kasihan dia penat buat kerja seorang-seoranglah, nak bagi dia merasa ada payung emaslah. Bukan setakat tak marah, malah dia boleh mencabar saya lagi sebab dia tahu saya memang tak berani. Sembang saja kuat.

Namun, apabila memasuki tahun keenam perkahwinan, isteri tidak lagi memberikan respon yang sama. Isteri lebih banyak berdiam diri membuatkan Azmi mengurangkan gurauan sebegitu.

Pada tahun ke lapan perkahwinan, dia hamil tapi tak sampai 2 bulan kandungannya gugur. Mulai dari saat itu, dia selalu termenung bila baru lepas bermain dengan budak kecil, sedih bila terbaca ucapan Selamat Hari Ibu, rasa kecil bila kawan-kawan bersembang fasal anak masing-masing. Apa lagi bila berjumpa dengan saudara-mara yang tak pandai jaga mulut persoalkan bila nak dapat anak. Akan basahlah baju saya dengan airmatanya. Dia juga selalu sangat bertanya pada saya, “Yang, kalau saya tak dapat beri awak anak, awak akan kahwin lain tak?”

Menyedari pedih hati isteri yang bimbang akan ditinggalkan kerana belum hamil, Azmi menghiburkan hati isteri dengan membawanya bercuti ke hotel.

Advertisement

Apa sahaja dilakukan Azmi untuk mengelakkan isteri kesunyian. Jelas Azmi lagi, dia mahu membuktikan hidup tanpa anak juga mampu bahagia.

Alhamdulillah rasanya hiburan yang saya beri menjadi. Sampai masuk tahun 2021 iaitu tahun ke sepuluh perkahwinan, kami sepakat untuk lupakan fasal anak. Kita cari kebahagiaan berdua sahaja. Segala puji bagi Allah. Dialah yang maha mengetahui dan Dialah yang merancang segalanya. Berkat doa yang tak putus-putus dari Emak, keluarga dan orang sekeliling, tak lama lepas kami sepakat begitu, isteri kata dia rasa tak selera makan, selalu rasa nak muntah.

Selepas redha dengan ketentuan Allah SWT, mereka dikejutkan dengan hadiah terbesar iaitu kehamilan isteri yang sudah mencecah usia 4 bulan. Meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga, Azmi memohon rakan-rakan mendoakan semoga semuanya selamat.

 

 

SUMBER : Azmi Saat
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. unknown

    April 15, 2021 at 11:09 am

    yaa sama dengan ak.. soal jodoh.. bilamana aku dh redha untuk mencari bahagia tanpa memikirkan soal jodoh di usia 30 tahun.. Allah hadirkan seorg suami untuk ak.. sentiasa bersangka baik dengan Allah.. ak x pernah marah bila org tanya soal jodoh.. malah aku minta didoakan..

  2. tecit

    April 13, 2021 at 2:32 pm

    betollah org kate rezeki tu datang pada waktu yg x disangka2. diwaktu kte xberharap dan redha iaitu menyerahkan seluruh jiwa raga rezeki di tangan Allah. tahniah azmi & wife.

Leave a Reply to unknown Cancel reply

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top