Selepas memadam akaun Facebook pada bulan Mac tahun lalu, kini Tan Sri Tony Fernandes memilih untuk meninggalkan platform Twitter sebagai azam tahun barunya. Kedua-dua akaun media sosial dengan pengikut seramai dua juta itu tidak lagi menjanjikan kebahagian dan ketenangan buat beliau.
Buat masa ini, beliau hanya aktif di akaun Instagram dan profil LinkedIn miliknya. Pengumuman yang dimaklumkan beliau itu sedikit sebanyak membuat pengikut setianya berasa sedih dengan pemergiannya dari dunia Twitter itu.
We will miss you.
— Daphne Oseña Paez (@DaphneOP) January 12, 2020
I agree there’s too much negativity. But let’s work to change that. Let’s do our own bit every day to inject positivity into socmed. Let’s not quit.@tonyfernandes_
— Krishnamurthy K (@KMurthychettiar) January 14, 2020
Great. Now Tony Fernandes is off twitter. Thank you “netizens” . This is why we can’t have nice things
— Qamaruz Affandy (@qamaruz) January 13, 2020
Menurut beliau, keputusan untuk meninggalkan Twitter itu sedikit sebanyak disebabkan suasana yang penuh toksik dan negativiti di platform tersebut. Selain daripada Tan Sri Tony Fernandes, beberapa figura terkenal dunia juga mengambil langkah yang sama dengan memadam akaun media sosial mereka.
Meghan Markle
Sebelum menyertai keluarga diraja, Meghan Markle memadam kesemua akaun media sosialnya sebelum mengahwini Putera Harry. Meghan antara pengguna tegar Instagram bahkan mempunyai platform blog dikenali sebagai The Tig.
Selepas mengumumkan pertunangan bersama Putera Harry, Meghan memadam semua akaun media sosialnya dan kini beliau dan Putera Harry berkongsi satu akaun rasmi yang sama.
Alexandria Ocasio-Cortez
Ahli politik ini membuat keputusan meninggalkan platform Facebook pada tahun 2019. Ini merupakan satu keputusan yang besar kerana beliau memulakan kempennya di platform tersebut. Beliau juga menghadkan masanya di platform Twitter dan Instagram selain berkata media sosial meningkatkan risiko depresi dan ketagihan.
Ed Sheeran
Penyanyi terkenal ini pernah mengumumkan akan bercuti dari sebarang aktiviti di media sosial pada tahun 2015. Sebelum itu dia memuatnaik satu post memberitahu ingin berehat dan tidak mahu hanya melihat dunia dari skrin telefon sahaja. Pada December 2019, beliau sekali lagi mengumumkan ingin berehat dari media sosial.
Kendall Jenner
Pada penghujung tahun 2017, Kendall Jenner pernah melakukan Instagram detox selama seminggu dengan tidak menggunakan langsung platform tersebut. Beliau memberitahu ianya sudah menjadi satu rutin untuk melihat aplikasi itu sebaik bangun dan sebelum tidur dan ini adalah sesuatu yang tidak sihat.
Selena Gomez
Selepas beberapa kali akaun Instagram miliknya digodam, Selena Gomez bertindak memadam akaunnya itu pada tahun 2017. Sewaktu perpisahannya dengan Justin Bieber kecoh di media sosial, beberapa cubaan dilakukan untuk menggodam akaun miliknya.
Kini beliau kembali menggunakan platform media sosialnya itu namun lebih terhad. Selena menjadikan satu rutin untuk memadam akaun Instagram nya sekali seminggu untuk menjaga kesihatan mental.
Selain yang disenaraikan, terdapat juga beberapa figura terkenal yang tidak menggunakan media sosial untuk menjaga kesihatan mental mereka. Antaranya ialah Angelina Jolie, Daniel Radcliffe, Emma Stone, George Clooney, Bradley Cooper dan ramai lagi.