Selain Tidur Lama Boleh Akibatkan Migrain, Ini Antara Sebab Lain Korang Terkena Migrain!

Trending

Selain Tidur Lama Boleh Akibatkan Migrain, Ini Antara Sebab Lain Korang Terkena Migrain!

GraziellaBila rasa sakit kepala je, kita akan cepat-cepat ambil ubat dan tidur untuk hilangkan rasa sakit tersebut. Tapi, lama-kelamaan, sakit kepala menyerang lagi dan makin teruk. Itu tandanya anda diserang migrain.

Sebenarnya migrain disebabkan oleh cara pemakanan dan tabiat harian anda. Tidur juga menjadi punca anda diserang migrain. Apa lagi sebab lain?

Advertisement

Makan tidak menentu

Bila makan tak menentu, pasti anda akan migrain akan menyerang. Jika anda makan tak ikut waktu, kadar gula dalam darah menurun dan mencetuskan serangan migrain.

Tidur berlebihan

Tidur memang baik untuk kesihatan dan elakkan dari keletihan. Tapi kalau tidur secara berlebihan, anda juga boleh diserang migrain.

Stres

Kajian menunjukkan apabila anda stres, kebarangkalian untuk diserang migrain tinggi. Ini kerana, apabila anda stres, terjadi peningkatan hormon kortisol yang boleh mencetuskan migrain.

Bersukan tanpa memanaskan badan

Pernah tak anda bersukan lepas tu sakit kepala? Ini mungkin disebabkan anda tidak memanaskan badan terlebih dahulu. Itu pentingnya warm up sebelum bersukan!

Kurang minum air

Minum air bukan sahaja baik untuk kulit, ia dapat menghindarkan anda daripada migrain. Ini kerana air putih adalah salah satu cara untuk oksigen masuk ke pembuluh darah otak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...