Rezeki 2012 nampaknya sangat murah kepada artis wanita kita yang bernama Scha Al Yahya. Semalam pihak Avon Malaysia telah mengumumkan yang Scha turut dilantik sebagai Duta Avon di samping Neelofa. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Scha atas pencapaian hebat ini. Bukan senang untuk dipilih menjadi duta produk Avon.
Pada pandangan Abang Nara, Avon telah membuat satu pilihan yang sangat tepat untuk duta produk mereka. Neelofa memang sangat sesuai kerana kecantikan wajahnya yang asli dan kepopularitian yang sedang meningkat. Manakala Scha pula sangat sesuai kerana gayanya yang agak sempoi, simple dan happy go lucky.
Apa-apa pun semoga tahun 2012 ini akan mendatangkan lebih banyak peluang kepada artis-artis kita untuk menjadi duta kepada produk-produk kecantikan yang ada di Malaysia ini.