Selain Johnny Depp, Ini Antara Selebriti Lelaki Yang Pernah Menjadi Mangsa Keganasan Rumahtangga

Trending

Selain Johnny Depp, Ini Antara Selebriti Lelaki Yang Pernah Menjadi Mangsa Keganasan Rumahtangga

Baru-baru ini gempar kisah keganasan rumahtangga yang dialami pelakon terkenal Johnny Depp dan pasangannya, Amber Heard. Ini bukanlah kali pertama Johnny membuat pengakuan dipukul dan didera oleh isterinya memandangkan kes ini sudah lama didedahkan kepada umum sejak tahun lalu lagi.

Kisah keganasan rumahtangga biasanya lebih sinonim berlaku pada golongan wanita tetapi tidak mustahil ianya berlaku pada golongan lelaki. Selain daripada Johnny Depp, beberapa selebriti lelaki yang lain turut menjadi mangsa keganasan rumahtangga mereka.

Advertisement

Lionel Richie

Penyanyi yang terkenal semasa era 70-80an ini mengejutkan ramai apabila isterinya (kini bekas isteri) ditahan oleh pihak polis. Berita penangkapan itu menjadi tanda tanya ramai pihak sehinggakan akhirnya terbongkar kisah sebenar.

Pada tahun 1986, Lionel Richie telah menjalinkan hubungan cinta dengan Diane Alexander yang merupakan penari pada waktu itu. Hubungan itu namun kantoi apabila isterinya, Brenda Richie ‘menangkap’ keduanya di sebuah apartmen.

Akibat tidak dapat mengawal kemarahannya. Brenda bertindak memukul Lionel yang kemudian melarikan diri. Dia kemudian mengalihkan sasarannya kepada Diane sehingga berlaku pergelutan di antara mereka.Saksi berkata bunyi kuat daripada pergaduhan itu seolah-olah telah berlakunya pembunuhan.

Polis tiba di tempat kejadian dan Brenda ditahan atas tuduhan menceroboh dan mencederakan. Pergaduhan besar itu telah mendapat perhatian media sehingga berlarutan beberapa tahun. Pasangan itu akhirnya berpisah pada tahun 1993 dan Lionel berkahwin dengan kekasihnya itu, dua tahun kemudian.

Evan Peters

Pasangan kekasih Evan Peters dan Emma Roberts mencetuskan kontroversi apabila anak buah kepada Julia Robers ini ditahan pihak polis selepas pergaduhan diantara mereka. Pasangan itu dikatakan bertengkar di sebuah hotel.

Disebabkan pergaduhan itu menjadi besar dan bimbang perkara buruk berlaku, saksi telah menghubungi pihak polis. Sebaik sahaja tiba, mereka mendapati Evan Peters berada dalam keadaan hidung berdarah dengan kesan gigitan pada mukanya. Emma kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan.

Tetapi Emma menafikan telah memukul tunangnya itu dan dibebaskan selepas Evan sendiri tidak mahu mendakwa wanita itu. Evan berkata dia mahu melupakan segalanya dan kembali bersama kekasihnya itu.

Bill Clinton

Siapa sangka bekas Presiden Amerika Syarikat ini pernah menjadi mangsa dalam keganasan rumahtangga apabila isterinya, Hillary mengaku pernah memukulnya beberapa kali secara berterusan. Pengakuan itu telah didedahkan di dalam buku biografi berjudul Hillary’s Choice.

Malah pada tahun 1993, Hillary pernah bertindak mencakar muka suaminya itu kerana tidak berpuas hati dengannya. Kesan daripada ‘serangan’ nya itu telah meninggalkan kesan pada dagu suaminya itu.

Tiger Woods

Pemain golf terkenal dunia, Tiger Woods dan isterinya (kini bekas isteri) Elin Nordegren menjadi perhatian ramai selepas berita kecurangan Woods muncul di media sosial. Isterinya sendiri pernah menghalaunya keluar dari rumah dengan kayu golf miliknya.

Menurut sumber, semasa pergaduhan di antara mereka, Elin telah bertindak mencakar keseluruhan muka suaminya itu. Keadaan bertambah teruk menyebabkan Woods melarikan diri menaiki kereta dan kemudian dikejar isterinya sehinggakan telah berlaku pelanggaran dan Woods pengsan.

Johnny Depp

johnny depp

Pada masa tahun 2016, Amber Heard telah memfailkan penceraian dan mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumahtangga ketika bersama Johnny Depp. Sepanjang hubungan mereka, dia mendakwa didera oleh suaminya itu secara verbal dan fizikal.

Kemudian pada Mac tahun lalu, Johnny telah memfailkan saman sebanyak $50 juta kepada bekas isterinya dan mendakwa segala yang diberitahu adalah penipuan semata-mata sebaliknya dia lah mangsa dera yang sebenar. Impak daripada tuduhan itu turut menjejaskan karier Johnny sebagai pelakon.

Beberapa keping gambar kesan dera yang dilakukan oleh Amber dikongsikan sebagai bukti. Antara penderaan yang dialami Johnny seperti kesan lebam dan cakar pada muka serta salah satu jarinya turut dipotong.

johnny depp

Kes keganasan rumahtangga yang dialami Johnny Depp kembali hangat diperkatakan dan kini ramai yang memberikan sokongan kepadanya. Isu ini juga berjaya membuka mata ramai pihak bahawa golongan lelaki juga boleh menjadi mangsa dalam masalah keganasan rumahtangga.

Di Malaysia, sebanyak 56 kes keganasan rumahtangga direkodkan di mana mangsanya dari golongan lelaki. Statistik yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini sekaligus menimbulkan persoalan:

“Adakah kaum lelaki semakin lemah atau kaum wanita yang semakin ganas?”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...