“Selain Dari Mak Baru..” Sharnaaz Ahmad Buntu Nak Bagi Hadiah Apa Untuk Jebat

Hiburan

“Selain Dari Mak Baru..” Sharnaaz Ahmad Buntu Nak Bagi Hadiah Apa Untuk Jebat

Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa buntu memikirkan hadiah yang bersesuaian untuk diberikan kepada anak kesayangan, Jebat Jayden Ahmad sempena hari kelahirannya pada 30 Ogos ini.

Sharnaaz Ahmad
3 years ago

Tular Video Di Kubur Sarah, Sharnaaz 'Sekolahkan' Aisar Khaled Di Instagram

Advertisement

Sharnaaz sempat bertanyakan peminat mengenai idea hadiah-hadiah yang bersesuaian untuk anaknya itu di Instagram miliknya, baru-baru ini.

Malah, pelakon drama Lelakimu Yang Dulu ini juga menyenaraikan kegemaran Jebat yang suka menari dan menyanyi, Spiderman, bulan, suka main air berjam-jam dan juga perempuan cantik.

Aku perlukan bantuan. Hadiah apa nak beli kat budak bertuah ni untuk birthday dia nanti. Selain dari bagi mak baru, tolong bagi idea sat geng. Dah dekat dah 30hb 8 ni. Pertolongan anda boleh membantu lagi mak pak yang macam aku takdak idea dah nak beli apa. Asyik PKP semua tak bukak!

Menjengah ruangan komen, ramai peminat tetap memberikan idea untuk memberi bonda baru buat si kecil itu.

“Bagi mommy baru untuk dia, dia boleh teman dia menari, masakkan ayam bakar, mesti dia happy..” tulis seorang netizen.

Terdahulu, Sharnaaz telah mendirikan rumah tangga bersama kakak kepada selebriti Neelofa, Noor Nabila pada 31 Mac 2019 sebelum bercerai pada 9 Julai 2020 yang lalu.

Hasil perkongsian hidup, Sharnaaz dan Nabila dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jebat Jayden.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...