Personaliti media sosial, Cik Epal sekali lagi mencuit perhatian ramai apabila memuat naik entri berbaur perlian di Threads miliknya.
Menerusi hantaran ringkas itu, Cik Epal menulis, “Selain bubble, itu juga bebal. Cuba kira berapa banyak bebal yang ada.”
Walaupun tidak merujuk secara khusus kepada sesiapa, ayat sinis itu pantas mengundang pelbagai reaksi daripada pengikutnya. Ada yang terhibur dengan gaya bersahaja Cik Epal yang sering menggunakan bahasa selamba, manakala ada juga yang cuba meneka maksud sebenar di sebalik ciapan tersebut.
“Ni kelakar, tapi tunggu la ada yang kepanasan terbebal,” komen seorang pengguna.
Cik Epal sememangnya dikenali sebagai figura yang gemar berkongsi pandangan tanpa berselindung,