Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Selagi Tiada Rasa Bahagia, Mana Mungkin Melupakan” – Intan Saleh Beri Respon Pada Izreen Azminda?

intan saleh

Sebelum ini Izreen Azminda ada menyatakan bahawa dia bersyukur kerana dapat memohon maaf kepada Intan Saleh selepas sengketa lama berkaitan Ude.

BACA: Izreen Azminda Bersyukur Dapat Mohon Maaf Kepada Intan Saleh, Bekas Isteri Suaminya

Advertisement

Walaubagaimanapun, sepertinya Intan mempunyai tanggapan yang lain mengenai pertemuan mereka pada rancangan Melodi Raya yang ditayangkan pada tengah hari tadi.

Menerusi laman Instagram, bekas isteri Ude itu telah memuat naik luahan hatinya,

“Niat itu seperti surat. Salah tulis alamat, akan sampai salah tempat. Setiap orang akan kembali kepada apa yang diniatkan. Jadi, betulkan niat. Selagi tak ada rasa bahagia. Selagi ada kesulitan. Mana mungkin akan melupakan. Lihat pada situasinya, jika ikhlas hanya Allah, aku dan dia.”

Bahkan Intan turut menyelitkan dua tanda pagar iaitu #buatapayangAllahsuka dan #akubukansiapasiap yang terus menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Bukan itu sahaja, komen yang ditinggalkan oleh pelakon Nzia Muzafar pada entri tersebut turut menjadi sebutan ramai selain turut memteik nama Rita Rudaini di dalamnya.

“Kesian adik aku ni kena game, permainan demi [email protected], haaa kan nampaklah konon-konon baik nak minta maaf, orang akan kata pulak ko yang taknak maafkan dik, tapi orang tak tahu apa jadi selama ni.”

Turut membalas komen netizen, Nazia menjelaskan bahawa hanya dia dan Rita sahaja yang tahu permainan apa yang dipersembahkan olehnya.

Tak cukup dengan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan pihak TV3 kerana menemukan Izreen dan Intan menerusi rancangan hiburan itu.

intan saleh

Pun begitu, penerbit Melodi iaitu Adeed menjelaskan bahawa mereka sudah pun mendapatkan persetujuan kedua pihak sebelum mempertemukan mereka.

“Kami ada etika. Bukan buli seperti apa yang awak cakap tu. Pertemuan atas persetujuan Intan dan Izreen  juga. Sebelum jemput pun kami sudah fikir. Kalau salah seorang tak setuju, dua-dua pun kami tak jemput. Harap faham konsep segmen tu.”

Semoga sengketa mereka berakhir kini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 Comments

  1. tecit

    May 18, 2021 at 3:01 pm

    aku rase intan sudi terima masuk melodi ni dengan niat klu izreen ikhlas mintak maaf mungkin lepas jmpe ni hati aku jd tenang. tp jd xtenang sebab xterase ke hati keikhlasan izreen mintak maaf tu. klu betol nak mintak maaf kene ungkit balik hal2 dlu mane2 yg xpuas hati tu sebut balik. sampai nanges2 ha lepas tu baru puas hati.

  2. masar mmg lahir bodoh ke

    May 18, 2021 at 11:03 am

    hati intan keras? hati izreen lembut? weeiii!! uda tgglkan anak2 sedia ada utk bela ank izreen (masa tu belum ada aaron lg). ank2 hari2 duk tanya knp baba x balik rmh lg? bila boleh jmpe baba lg? masa tu plak izreen ctrl uda gila2 sbb tkut uda balik pd intan. SO, DIA BUKAN SETAKAT SAKITI INTAN. DIA RAMPAS BAPA BUDAK2 TU SEKALI!! EMAK MANA YG BOLEH TGK JIWA ANK DIA KOSONG??? Si bodoh ni igt, uda amik ank sekali sekala tu dh boleh isi kekosongan jiwa anak????? ANAK PERLUKAN KELUARGA YG SEMPURNA LAAA BODDOOOOOOOO.. lps tu ko fikir ank2 tu x boleh rasa ke vibe bila mak derang murung/sedih? bila mak dia down, sape yg nk layan ank2 tu bermain? ko igt ank2 tu xde perasaan?

  3. muda lagi anak 2 mana mungkin kendur sblm waktunya

    May 18, 2021 at 10:56 am

    satu je nk komen,psl style shawl intan tu. drpd lilit berkepuk2 serabut kt atas kepala, baik laa labuhkan je tudung tutup dada.. bkn apaa.. baju yg intan pakai atau pose intan berdiri nampak aset tu seolah2 ‘perlu sokongan lebih’

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top