“Selagi Tiada Rasa Bahagia, Mana Mungkin Melupakan” – Intan Saleh Beri Respon Pada Izreen Azminda?

Hiburan

“Selagi Tiada Rasa Bahagia, Mana Mungkin Melupakan” – Intan Saleh Beri Respon Pada Izreen Azminda?

Sebelum ini Izreen Azminda ada menyatakan bahawa dia bersyukur kerana dapat memohon maaf kepada Intan Saleh selepas sengketa lama berkaitan Ude.

izreen azminda
4 years ago

Izreen Azminda Bersyukur Dapat Mohon Maaf Kepada Intan Saleh, Bekas Isteri Suaminya

Advertisement

Walaubagaimanapun, sepertinya Intan mempunyai tanggapan yang lain mengenai pertemuan mereka pada rancangan Melodi Raya yang ditayangkan pada tengah hari tadi.

Menerusi laman Instagram, bekas isteri Ude itu telah memuat naik luahan hatinya,

“Niat itu seperti surat. Salah tulis alamat, akan sampai salah tempat. Setiap orang akan kembali kepada apa yang diniatkan. Jadi, betulkan niat. Selagi tak ada rasa bahagia. Selagi ada kesulitan. Mana mungkin akan melupakan. Lihat pada situasinya, jika ikhlas hanya Allah, aku dan dia.”

Bahkan Intan turut menyelitkan dua tanda pagar iaitu #buatapayangAllahsuka dan #akubukansiapasiap yang terus menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Bukan itu sahaja, komen yang ditinggalkan oleh pelakon Nzia Muzafar pada entri tersebut turut menjadi sebutan ramai selain turut memteik nama Rita Rudaini di dalamnya.

“Kesian adik aku ni kena game, permainan demi permainan@ritrud727, haaa kan nampaklah konon-konon baik nak minta maaf, orang akan kata pulak ko yang taknak maafkan dik, tapi orang tak tahu apa jadi selama ni.”

Turut membalas komen netizen, Nazia menjelaskan bahawa hanya dia dan Rita sahaja yang tahu permainan apa yang dipersembahkan olehnya.

Tak cukup dengan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan pihak TV3 kerana menemukan Izreen dan Intan menerusi rancangan hiburan itu.

intan saleh

Pun begitu, penerbit Melodi iaitu Adeed menjelaskan bahawa mereka sudah pun mendapatkan persetujuan kedua pihak sebelum mempertemukan mereka.

“Kami ada etika. Bukan buli seperti apa yang awak cakap tu. Pertemuan atas persetujuan Intan dan Izreen  juga. Sebelum jemput pun kami sudah fikir. Kalau salah seorang tak setuju, dua-dua pun kami tak jemput. Harap faham konsep segmen tu.”

Semoga sengketa mereka berakhir kini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...