Selagi Muka Nampak Elok, Che Ta Akan Tetap Rai Ulang Tahun Perkahwinan Bersama Suami

Hiburan

Selagi Muka Nampak Elok, Che Ta Akan Tetap Rai Ulang Tahun Perkahwinan Bersama Suami

Rai ulang tahun ketujuh perkahwinannya bersana Zain di Langkawi, Kedah, Che Ta tampil menggayakan busana songket tradisional berwarna hijau dalam suasana kenduri dan persandingan ala kampung.

Advertisement

Menurut laporan Harian Metro, beliau akan tetap meraikan ulang tahun perkahwinan dengan suami tercinta andai wajahnya masih sedap dipandang.

“Selagi muka nampak elok dalam gambar, saya akan raikan ulang tahun perkahwinan bersama suami, Zain pada setiap tahun.”

Kata Che Ta lagi, bukanlah niatnya untuk mengadakan majlis ulang tahun untuk menunjuk-nunjuk bahagia dan kehidupan mewah. Namun, mendedahkan ia sekadar untuk bergembira meraikan semula hari bahagianya bersama suami.

“Semua orang sebenarnya, boleh meraikan ulang tahun perkahwinan mereka mengikut bajet masing-masing. Bagi saya pula, majlis itu diadakan untuk meraikannya bersama keluarga setiap tahun. Ditambah, pada saya majlis itu umpama kita ‘perbaharui passport’ perkahwinan. Cuma, nampak meriahnya ia dirai bersama ahli keluarga dan kenalan rapat  sahaja.”

Dedahnya lagi, dirinya hanya berkesempatan meraikan hari bahagia itu di Langkawi susulan negara berhadapan penularan Covid-19 dan sempadan ke luar negara masih lagi ditutup.

Untuk rekod, Che Ta dan Zain telah selamat mendirikan rumah tangga pada Disember 2013. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana yang kini telah berusia enam tahun. Malah Che Ta juga turut memiliki dua cahaya mata lelaki daripada perkahwinan terdahulunya.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...