“Selagi Boleh Tunaikan, Cubalah” – Kongsi Video Lama Arwah Siti Sarah, Shuib Nasihat Para Suami Hargai Orang Tersayang

Hiburan

“Selagi Boleh Tunaikan, Cubalah” – Kongsi Video Lama Arwah Siti Sarah, Shuib Nasihat Para Suami Hargai Orang Tersayang

Genap setahun pemergian penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah dan pemergiannya masih dirasai oleh suami, Shuib dan anak-anak mereka.

Memperingati arwah, Shuib membuat posting di Instagram berkongsi video yang selalu membuatnya sedih yang teramat ketika mengenang kembali saat bersama arwah.

Advertisement

Di dalam entri tersebut, Shuib menceritakan bagaimana Sarah berkali-kali mengajaknya pergi ke restoran kegemaran ketika hamil lima bulan.

Masa ni pregnant 5 bulan, You nak sangat makan dekat tempat favourite you, berkali-kali call ajak pergi makan…”

Selain berkongsikan moment manis di dalam video itu, Shuib juga sempat menitipkan kata-kata nasihat kepada para suami di luar sana supaya menunaikan segala permintaan orang yang tersayang.

Tambahnya lagi, permintaan itu mungkin permintaan terakhir daripada mereka.

Dalam pada itu, Shuib berterima kasih kepada mereka yang sering mendoakan arwah Siti Sarah dan berharap agar semua diberkati dan dirahmati di dunia dan di akhirat.

Sekadar info, Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 selepas melahirkan anak keempat, Ayash Affan, ketika sedang dijangkiti Covid-19.

2 years ago

(VIDEO) Bagi Wang Dekat Kanak-Kanak Jual Kerepek, Netizen Puji Shuib Tak Menunjuk, Sedekah Senyap-Senyap

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...