Selagi Belum Ada Vaksin, Malaysia Perlu Perangi COVID-19 Hingga 2021

COVID-19

Selagi Belum Ada Vaksin, Malaysia Perlu Perangi COVID-19 Hingga 2021

Satu berita melegakan apabila jumlah kes melibatkan COVID-19 semakin berkurangan daripada sehari ke sehari. Malahan sudah beberapa hari jumlah pesakit yang sembuh adalah lebih tinggi daripada bilangan kes positif yang bertambah.

Walaupun sudah kelihatan sinar harapan dalam pembendungan wabak ini, tetapi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengumumkan bahawa Malaysia dijangka mungkin terpaksa memerangi COVID-19 sehingga tahun hadapan.

Advertisement

perangi covid-19 sehingga 2021

Datuk Dr Noor Hisham juga menegaskan bahawa strategi yang ampuh perlu dirancang sebagai amalan semua orang sehingga tahun 2021. Hal ini kerana, vaksin bagi virus ini yang masih belum ditemui dan para saintis terlibat memerlukan masa untuk mengkaji penawarnya.

Selain menjalankan ujian terhadap antibodi seperti dicadangkan pakar untuk komuniti, Kementerian Kesihatan (KKM) juga memantau kewujudan kes penyakit seperti influenza (ILI) dan jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) dalam komuniti yang menentukan kewujudan virus itu.

Tetapi sekarang kita lihat kes ILI dan SARI semakin berkurangan. Kalau berkurangan, itu satu indikasi baik untuk kita melaksanakan atau merancang tindakan bagi masa depan.

Daripada kes yang sedang dikaji kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membentangkan langkah yang seharusnya diambil sejurus selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak lagi berkuat kuasa. Kemungkinan besar, kita tidak boleh kembali ke aktiviti biasa sehinggalah penawar COVID-19 ditemui.

perangi covid-19 sehingga 2021

Sungguhpun PKP tamat nanti, rakyat diminta untuk terus berada di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu sahaja. Bagi memastikan jumlah kes COVID-19 tidak memuncak dengan tiba-tiba, setiap pihak perlu bekerjasama dan memastikan semua orang terus tinggal di rumah.

Ia mungkin mengambil sedikit masa, mungkin tiga bulan, mungkin enam bukan. Dasar kita mesti berubah dari segi tiada perhimpunan awam, penjarakan sosial mesti diamalkan dan sentiasa mengingatkan orang awam untuk mencuci tangan dan yang penting sekali jika tiada hal di luar, duduk di rumah.

Semoga semua memberi kerjasama dalam membendungi COVID-19.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...