“Selagi Anak Tak Meracau…” – Siap ‘Breastfeed’ Dalam Hutan, Wanita Bawa Anak ‘Hiking’ Dikritik Netizen

Kehidupan

“Selagi Anak Tak Meracau…” – Siap ‘Breastfeed’ Dalam Hutan, Wanita Bawa Anak ‘Hiking’ Dikritik Netizen

Setiap ibu bapa mempunyai cara mereka tersendiri untuk mendedahkan anak dengan alam semula jadi namun perkongsian seorang wanita baru-baru ini mengundang kritikan ramai.

Menerusi aplikasi TikTok, wanita itu menunjukkan pengalamannya membawa anak ketika aktiviti ‘hiking’ dan turut berkongsi bagaimana dia menyusukan anaknya di dalam hutan.

Advertisement

Bila gadis hutan dah jadi mak. Angkut anak masuk hutan sekali.”

@suekz.ecowildernessmom

Siapa outdoor mama yg breastfeed anak? #fyp #breastfeeding #hiker #hikermalaysia #hikingmama #motherhoodlife #parentingtips

? Clap Snap – Nanay Mitchay ??

Wanita bernama Adilah Suhailin tersebut kemudian meneruskan perjalanan sambil mendukung anaknya yang sedang menyusu itu.

Ibu berusia 29 tahun itu juga berkata dia mula mendedahkan anaknya kepada alam semula jadi seawal usianya empat bulan lagi bermula dengan aktiviti jungle trekking.

Sekarang ni setiap bulan wajib masuk hutan bersama anak. Sejak ada anak, saya nak dedahkan dia kepada alam semula jadi dan kurangkan skrin dengan bawa keluar dari rumah.”

Perkongsian Adilah mengundang teguran dan kritikan daripada warganet di TikTok yang menasihatinya untuk berhati-hati selain memintanya untuk memikirkan keselesaan anak kerana faktor seperti nyamuk dan binatang lain.

Rata-ratanya menyuarakan kebimbangan mereka dengan alam mistik dan makhluk halus yang boleh mengganggu atau mengekori mereka pulang.

Bagaimanapun, segelintir pihak berpihak padanya dan memujinya kerana berani melakukan aktiviti sebegitu bersama anak kecil. Ada yang akui mereka turut melakukan perkara sama, membawa anak melakukan aktiviti outdoor sepertinya.

Difahamkan, Adilah memegang Ijazah Sarjana Zoologi dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan akui dilatih oleh bapa untuk masuk ke hutan sejak kecil.

Malah, dia pernah membawa anaknya itu ke kampung Orang Asli di Tasik Chini, Pahang dan bermalam selama dua hari ketika menjadi sukarelawan sebelum ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

senarai kartun tak sesuai untuk anak
2 years ago

"Ada Unsur Ganas Melampau" - Ini Senarai Rancangan Kartun Tak Sesuai Untuk Anak, Ibu Bapa Kena 'Alert'!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...