Sedia maklum, Penjara Kajang kini dihuni oleh dua orang yang dikenali ramai iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan penceramah selebriti, PU Azman.
Jumpa Najib & PU Azman di Penjara Kajang
Melalui platform TikTok, tular satu video memaparkan temubual seorang individu bersama bekas banduan di Penjara Kajang, di mana lelaki terbabit berkongsikan pengalaman bertemu dengan individu tersebut.
Katanya, Najib Razak tidak duduk di sel seperti banduan lain, sel bekas PM itu lebih special, di mana ia dilengkapi dengan mesin senaman serta komputer.
Najib dia special (istimewa) kita panggil dia bosku. Kita selalu nampak dia keluar masuk (mungkin) pergi mahkamah naik kereta. Kita pun tidak (anggap pelik) sebab kes (Najib) orang besar (kenamaan).
PU Azman peramah, sering beri tazkirah
Dalam pada itu, lelaki terbabit turut berkongsikan kisah bertemu dengan PU Azman dan mengatakan pendakwah itu sangat ramah dan sering memberi tazkirah sewaktu di dalam sel.
Kita kat sana tercengang tengok, seronok la artis. Kat sana kita macam member-member. Tidak kiralah kamu menteri ke, tukang cuci ke, semua sama.
Bercerita lanjut, bekas banduan tersebut berkongsikan lagi terdapat seorang banduan yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama 400 tahun.