“Sekurangnya Dia Boleh Menyanyi Nak Dibandingkan Dengan Madonna, Aina Abdul Punya Bakat Besar” – Khadijah Ibrahim

Hiburan

“Sekurangnya Dia Boleh Menyanyi Nak Dibandingkan Dengan Madonna, Aina Abdul Punya Bakat Besar” – Khadijah Ibrahim

Penyanyi versatil, Datuk Khadijah Ibrahim tampil menyatakan sokongannya terhadap Aina Abdul kerana menganggap penyanyi itu mempunyai bakat besar dan bijak dalam mempromosikan kariernya.

Menurut Khadijah, Aina memiliki suara yang luar biasa dan mempunyai identitinya yang tersendiri.

Advertisement

Malah, dia turut membandingkan Aina dengan penyanyi antarabangsa, Madonna.

Saya suka Aina Abdul, sekurang-kurangnya dia boleh menyanyi… maaf cakap ya, Madonna keluar tidak boleh menyanyi, tapi apa dia buat dengan pakaian dia la jadi sebagai marketing… begitu juga dengan Aina.

Aina perlu buat sesuatu yang berlainan kerana tiada orang nampak bakat dia, dia punya bakat yang besar. Susah kita nak lihat anak melayu kita mempunyai bakat yang begitu bagus, jadi kita perlu sokong dia.

Menyifatkan kecaman yang diterima Aina sebagai sesuatu yang biasa diterima anak seni, Khadijah pada awalnya turut menyifatkan penampilan Aina sebagai pelik namun kini mengerti sebabnya.

Macam Aina pada awal kemunculan tiada siapa pun yang mengenalinya, tapi selepas dia dan management dia buat sesuatu baru orang nak dengar dia, disebabkan pakaian pelik dia buat orang nak dengar dia.

Kalau kita tengok Lady Gaga dulu pun masa awal-awal ramai ingat dia gila. Jadi marketing dia sangat bagus, saya memang menyokong dia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pu syed tegur erma fatima
2 hours ago

"Tak Perlu Dipertontonkan Drama Ajaran Sesat, Lebih Baik Buat Cerita Patriotik" - PU Syed Tegur Erma Fatima

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...