Baru-baru ini, sebuah video telah tular di TikTok yang memaparkan sekumpulan wanita ‘menyerang’ seorang lelaki yang didakwa merakam mereka di sebuah kedai makan.
Dalam video tersebut, salah seorang wanita menjelaskan bahawa rakannya menyapa lelaki itu untuk bertanya sama ada dia merakam mereka atau tidak, tetapi lelaki itu menafikan dakwaan tersebut.
Girls pls be extra careful 😭 jijik geli semua ada.
♬ original sound – Ikan bilis mama
Kerana tidak berpuas hati dengan jawapan lelaki itu, mereka meminta lelaki tersebut membuka galeri foto dan didapati dia memang merakam mereka.
Sekali memang betul dia record kitaorang. Saya pun terus rampas phone dia sebab memang risau dia sempat delete or send dekat mana-mana. Bila saya check phone dia memang banyak perempuan seksi juga.
Berang dengan tindakan lelaki itu, mereka bertindak membawa lelaki itu ke balai polis yang berhampiran.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji sikap berani sekumpulan wanita itu dan berharap agar keberanian ini dapat dicontohi oleh wanita-wanita lain.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.