Sekumpulan Nelayan Jumpa Sauh Emas Yang Hilang Sejak 378 Tahun Lalu

Trending

Sekumpulan Nelayan Jumpa Sauh Emas Yang Hilang Sejak 378 Tahun Lalu

Sekumpulan pemancing berjaya memenui sauh sebuah kapal British yang hilang sejak abad ke 17 yang disaluti dengan emas bernilai lebih dari 1 bilion pound British bersamaan dengan RM 5.9 bilion.

Sauh tersebut dikatakan tersangkut pada pukat bot di perairan berdekatan Land’s End, Cornwell, British dilaporkan berasal daripada kapal Merchant Royal.

Advertisement

Kapal berkenaan dikatakan karam pada 1641 ketika belayar meninggalkan Mexico dengan membawa emas seberat 100,000 paun () 45.359 kilogram dan 400 jongkong perak.

Dikenali sebagai “El Darodo Laut”, kapal berkenaan dipercayai dilanda badai berdekatan Kepulauan Sicily. Pakar mengenalpasti sauh tersebut daripada kapal berkenaan setelah mengambil kira saiz sauh dan usianya.

Kata salah seorang pakar selaman, Mark Milbu, mana-mana pihak yang mahu mencari bangkai kapal tersebut perlu mempunyai sekurang-kurangnya alat skuba yang boleh berfungsi serta pakar selaman yang mampu menyelam pada kedalaman 300 kaki (91 meter).

Manakala mana-mana harta yang ditemui dalam kapal tersebut perlu diserahkan kepada Kerajaan British memandangkan harta tersebut ditemui dalam perairan milik negara.

 

Sumber: Archeomar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...