Sekumpulan Lelaki Cetus Pergaduhan Hanya Disebabkan Berebut Parking

Trending

Sekumpulan Lelaki Cetus Pergaduhan Hanya Disebabkan Berebut Parking

Satu pergaduhan telah berlaku di kawasan Flat Impian Baiduri, Sungai Way kira-kira jam 11 malam tadi. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, mereka menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian tersebut.

Memetik laporan Sinar Harian, sepasukan anggota polis tiba di lokasi dan mendapati terdapat dua pergaduhan yang melibatkan tujuh hingga 11 lelaki.

Advertisement

Hasil siasatan mendapati kejadian itu dipercayai berpunya akibat selisih faham tempat parkir dan pembuangan sampah antara kumpulan itu.

“Kesemua lelaki berusia lingkungan 16 hingga 30 tahun itu disyaki berada di bawah pengaruh alkohol.”

Kejadian itu mengakibatkan dua mangsa berusia 34 dan 20 tahun mengalami kecederaan dan dua buah kereta yang berada di lokasi kejadian mengalami kerosakan.

Sehubungan itu, polis berjaya menahan tujuh orang suspek dan empat lagi masih diburu. Polis meminta empat individu berkenaan tampil menyerah diri di balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

Sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...