Kanak-kanak merupakan golongan yang paling gembira setiap kali sambutan hari raya Aidilfitri. Masakan tidak, pada waktu inilah mereka teruja untuk pergi beraya ke rumah rakan-rakan dan sanak-saudara demi mengumpul duit raya yang banyak.
Kebiasaannya, kanak-kanak akan memberi salam dan mengetuk pintu rumah berulang kali sehingga ada yang menyahut.
Tetapi berbeza dengan satu kejadian yang tular di Twitter baru-baru ini dimana sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya bertindak ‘ekstrem’ menconteng lantai dan pagar tuan rumah.
Tindakan ‘ekstrem’ ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @ZeiqaRazali dalam bebenang akaun miliknya. Ketika beliau dan keluarga pulang dari beraya ke rumah sendiri menyedari bahawa lantai dan pagar mereka telahpun diconteng.
So earlier today masa kitaorg balik dr visiting raya ,we were surprised that gate and tile at our house kena scribbled. But unfortunately our cctv takleh nampak who did it. But org jiran sebelah pun kena and luckily their cctv dpt tangkat the vid. pic.twitter.com/sZLm9fJiU1
— Z.Razali (@ZeiqaRazali) June 10, 2019
Apa yang mengejutkan beliau adalah tindakan ini dilakukan oleh sekumpulan kanak-kanak yang ingin datang beraya ke rumahnya semasa beliau dan keluarga tiada di rumah.
Beliau juga memberitahu bahawa, bukan sahaja rumahnya yang diconteng, tetapi jiran sebelah juga. Rakaman ini berjaya dirakam oleh jiran sebelah rumahnya.
Tolonglah nasihatkan anak-anak anda. Ini bukanlah satu tindakan yang betul terhadap harta orang. Bukannya percuma nak beli cat padam balik kesan cotengan ini.
Menurutnya, kemungkinan kanak-kanak ini bertindak agresif kerana beranggapan tuan rumah tidak membenarkan mereka beraya di situ.
Jika kami ada di rumah dan tidak keluar beraya kami tidak pernah melarang untuk anda semua datang beraya.
Tahun depan datanglah beraya, tapi jangan lupa mohon maaf dengan tuan rumah yang kalian conteng dahulu!
Kemungkinan kanak-kanak yang datang beraya menggunakan paint marker ataupun liquid paper kerana kesan contengan ini terlalu susah untuk dipadam, katanya.
Twitter ini telah mendapat 2500 perkongsian oleh orang ramai. Ada diantara pengguna Twitter berkongsi kejadian yang seakan di dalam komen.
My family balik kampung beraya, sampai rumah the next day tengok kereta ada orang calarkan and siap conteng mcm ni lg.
My family balik kampung beraya, sampai rumah the next day tengok kereta ada orang calarkan and siap conteng mcm ni lg. pic.twitter.com/hV9S0x2tnJ
— faza (@nocturnalfaza) June 11, 2019
Entah. Asal budak zaman sekarang perangai tak semenggah eh.
Entah. Asal budak zaman sekarang perangai tak semenggah eh
— Iggz (@MilaGhfr) June 11, 2019
Macam-macamlah budak zaman sekarang dari kes bagi duit raya sikit sampai sanggup bertindak ganas. Ibu bapa tolong ingatkan dan nasihatkan mereka sebelum membenarkan mereka pergi beraya.
Sumber: Twitter