Sektor Industri Di Beberapa Negara Eropah Kembali Dibuka Secara Berperingkat

COVID-19

Sektor Industri Di Beberapa Negara Eropah Kembali Dibuka Secara Berperingkat

Beberapa negara luar kini sudah menunjukkan angka penurunan kes positif COVID-19. Terdapat juga negara yang sudah mengisytiharkan bebas daripada wabak virus ini setelah menjalankan perintah kawalan yang ketat. Negara Eropah ketika ini sudah mula membuka kembali sektor industri secara berperingkat.

Langkah pencegahan turut dipastikan untuk melindungi pekerja dan kelangsungan operasi. Di Genoa, Itali lebih 170 pekerja Fincantieri, sebuah syarikat pembinaan kapal dibenarkan untuk kembali bekerja pada minggu ini. Syarikat ini merupakan antara pusat pembinaan kapal terbesar di Eropah.

Advertisement

syarikat kapal Itali

Operasi syarikat mula dibuka seperti biasa setelah Itali mengumumkan arahan perintah berkurung yang ketat selama tujuh minggu. Itali turut mengeluarkan arahan berkenaan perniagaan yang ingin menyambung pembukaan operasi perlu mengikuti langkah keselamatan dan kesihatan.

Fincantieri dianggarkan mempunyai lebih 3,000 pekerja keseluruhannya. Pembukaan operasi syarikat ini dibenarkan dengan tambahan kemasukan pekerja lima peratus pada setiap minggu.

Fiat Chrysler Automobiles akan turut membuka operasi pengeluaran sebagai kilang terbesar di Itali. Kesemua kilang wajib mematuhi langkah keselamatan dan kesihatan untuk menghalang penyebaran wabak COVID-19 di kawasan tersebut.

pemasangan kereta

Gambar hiasan

Kilang Atessa Cevel yang menjalankan operasi pemasangan trak kecil dan lori mempunyai hampir 6,000 pekerja tetap. Pihak pengurusan kilang membekalkan pekerja dengan sarung tangan dan topeng muka sepanjang pekerja berada di dalam kilang.

Kepingan plastik jernih diletakkan di antara pekerja sebagai penghadang ketika pekerja melakukan kerja secara berkumpulan.

Di hadapan pintu masuk kilang turut dipasang kamera yang boleh mengesan suhu badan pekerja. Langkah ini diambil oleh kesemua majikan, kesatuan sekerja dan juga pihak kerajaan tempatan Itali dan Sepanyol.

Selain itu, 600 tempat alatan yang digunakan ketika tamat waktu syif bekerja akan dicuci dan dibersihkan. Langkah ini turut dilakukan di dalam pejabat di mana pekerja digalakkan bekerja di luar pejabat untuk mengelakkan jumlah pekerja yang ramai dalam satu masa.

trak kecil

Gambar hiasan

Penjualan kereta di Eropah mengalami penurunan sangat banyak, jatuh 55 peratus pada bulan Mac selepas perintah kuarantin di rumah dikeluarkan. Ketika penularan wabak COVID-19, Eropah mampu untuk mengeluarkan 1.2 juta unit kenderaan. Angka ini menyumbang tujuh peratus kepada KDNK Eropah dalam sektor industri auto. Selain itu, kilang pembuatan kereta jenama Seat yang berlokasi di Bercelona, Sepanyol menyambung pengeluaran setelah enam minggu arahan kekal di rumah dikeluarkan.

Pekerja akan menerima topeng muka dan sarung tangan sebelum memulakan tugas serta menetapkan jarak dua meter antara pekerja sebagai langkah keselamatan.

Tombol pintu juga diubah suai untuk menghalang pekerja daripada menyentuh permukaan dengan terlalu kerap. Syarikat itu juga menetapkan hanya satu syif yang akan beroperasi ketika ini.

Bagaimanapun, kemasukan pekerja mengikut syif akan ditingkatkan dalam beberapa minggu yang akan datang sehingga mencapai kapasiti penuh. Dalam sama yang sama, 5,000 pekerja akan menjalani ujian saringan untuk memastikan setiap pekerja bebas simptom wabak COVID-19.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...